Lapis Baju Baby Untuk Melancong Cuaca Sejuk

Pertama kali kami bawa baby ‘travel’ adalah selepas saya bersalin Hannah. Baby Hannah waktu itu nak masuk 3 bulan.

Waktu itu ke Tokyo musim luruh.

Usia nak masuk 3 bulan biasanya baby lebih banyak tidur dan ‘snuggle’ dalam ‘baby carrier’. Langsung tak banyak meragam.

Syok betul.

Menyusu dalam ‘baby carrier’ saja pun boleh.

Alhamdulillah baby sihat sejahtera sepanjang perjalanan.

Selepas itu kami sekeluarga sambung pergi Istanbul dan ulang semula ke Jepun iaitu duduk lebih sebulan pada musim sejuk 😅

Saya nak kongsikan di sini lapisan baju yang Hannah semasa baby pakai dan sekarang Hajar pula pakai.

Dalam gambar di bawah, baby Hajar (anak ke-4 kami) sebagai model 🥰

Pembetulan : Baby carrier itu jenama Ergo Baby 😅

🌻 Lapis pertama :
Pakai baju tebal yang tak berapa tebal
Saya dapatkan baju ini di UniQlo

🌻 Lapis kedua :
Jaket yang kalis air dan kalis angin.
Ini pun ada di UniQlo

🌻 Baby Carrier :
Lepas sarungkan jaket baby, saya letak baby dalam baby carrier Ergo baby.

Ergo baby ini memang saya dapatkan di Jepun. Semua orang Jepun pakai rupa yang sama 😅

🌻 Lapis ketiga :
‘Baby carrier cover’. Ini saya tiru cara orang Jepun bawa baby mereka 😅

Masa musim sejuk, semua mama Jepun yang pakai ‘baby carrier’ saya nampak, mesti pakai ‘cover’ yang macam dalam gambar pertama di bawah ini.

‘Baby carrier cover’ ini saya mula pakai masa bawa Hannah (anak ketiga) ke Jepun pada musim ‘winter’

Masa tu Hannah berusia 5 bulan.

Tapi payah juga nak cari. Saya jumpa di kedai di kawasan perumahan mereka.

Pembetulan : Baby carrier itu jenama Ergo Baby 😅

✅ Kain ‘Wrap’

Alternatif kepada ‘baby carrier cover’ ini, mama Malaysia boleh cuba dapatkan kain tebal di UniQlo.

Lupa saya nama dia apa. Ada tulis 2-Way.

Ianya kain macam untuk kita ‘wrap’ badan kita kalau sejuk. Jadi untuk Mama yang bawa baby menggunakan ‘baby carrier’, kain tu ‘wrap’ baby sekali.

Saya sedang breastfeeding baby Hajar dalam baby carrier

Baby Hajar, dia lebih suka kain yang ‘wrap’ itu.

Kalau di rumah, baby Hajar pakai baju tebal macam kami semua.

Kami memang langsung tak bawa baju biasa, kecuali apa yang pakai dari airport.

Baju seorang bawa 2 pasang saja.

Kami pilih Airbnb yang mesti ada mesin basuh dan kemudahan mengeringkan baju supaya tak perlu bawa banyak baju.

Hari-hari boleh basuh dan keringkan baju 👍

Semoga perkongsian ini membantu bagi sedikit sebanyak ‘insight’ buat ibu bapa yang teringin bawa baby ‘travel’ bersama.

One Response

  1. Kauthar mohd 5 November 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares