Lasik

Lasik Bersama Prof Muhaya

Lasik di Malaysia ini ada banyak pilihan doktor.

Kami memilih Prof Muhaya sebab personaliti beliau.

Ya, servis beliau antara yang orang kebanyakan kata ‘mahal’

Harga bukan ukuran apabila ada nilai yang lebih besar yang kita mahukan.

Duit boleh di cari.

Dan memang apabila bertemu beliau secara berhadapan, Allahuakbar!

Terasa seperti bertemu bayangan syurga.

Setiap butir bicara beliau penuh dengan kata yang membina dan kata-kata positif.

Antara bait bicara beliau:

Kalau di dunia kita rasa tak bahagia, macam mana kita nak bahagia di akhirat?

Untuk dapatkan bahagia di dunia, kita perlu sentiasa banyakkan syukur.

Banyakkan mengingati Allah.

Syurga kita rasa di dunia, insya-Allah syurga kita di akhirat nanti.

Semasa pembedahan lasik itu sendiri, beliau sangat banyak memuji Allah dan mengingatkan saya bahawa Allah sangat sayangkan saya.

Lembut.

Dari aspek bisnes saya belajar, jika kita sentiasa positif, maka banyak hasil yang positif yang akan datang.

Apa tidaknya, bukti depan mata kami.

Klinik Prof Muhaya yang orang kata mahal itu, penuh!

Kami mula sampai klinik lebih kurang jam 9:30 pagi.

Tetapi rupa-rupanya terdapat lebih ramai orang yang sampai lebih awal dari kami.

Ada yang dari pantai timur, ada juga yang dari lembah klang tetapi ambil cuti semata-mata mahu buat lasik.

Bila kita positif dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah yang memberi kita rezeki, maka akan datang lah rezeki dari arah tak tersangka-sangka.

Selepas selesai lasik bersama Prof Muhaya

Ada 2 jenis lasik di klinik Prof Muhaya.

Yang pertama, Lasik ReLEx-SMILE.

Lasik jenis ini boleh dibuat sejurus selepas pemeriksaan mata selesai, dan available setiap hari.

Pembedahan jenis ReLEx-SMILE ini lebih cepat dan ia tidak memotong saraf air mata.

Jadi kebiasaannya lasik jenis ini dikatakan lebih cepat pulih selepas pembedahan.

Yang Kedua, Lasik biasa.

Lasik biasa hanya dibuat pada satu hari, lupa pula saya sama ada hari Khamis atau Jumaat.

Klinik Prof Muhaya terletak di Pearl Avenue di Kajang.

Ya, boleh bawa anak-anak kecil.

Cuma digalakkan kita bawa sekali permainan mereka supaya mereka tidak bosan menunggu.

Untuk orang dewasa, Prof Muhaya sediakan banyak bahan bacaan bersifat ilmiah khas untuk orang yang menunggu giliran.

Bukan majalah picisan.

Bukan setakat itu, dinding klinik beliau hampir 70% di cetak dengan zikir, kata-kata motivasi dan kisah inspirasi.

Bahkan dalam dewan bedah pun dinding di hiasi dengan doa dan zikir yang cukup besar, orang luar dewan pun boleh baca.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Lasik Prof Muhaya atau book appointment, anda boleh hubungi salah satu nombor di bawah :

03-87415138 (waktu pejabat sahaja)

017-8771819 (WhatsApp/SMS sahaja)

Ya, kena book appointment untuk mengelakkan kekecewaan slot penuh pada hari tersebut.

Lasik yang saya buat dengan Prof Muhaya adalah Lasik ReLEx-SMILE yang bernilai RM 11,800.

Hampir 70% dari RM 11,800 itu adalah menggunakan bonus Shaklee saya ?

Perniagaan Shaklee yang kita usahakan bersungguh-sungguh, insya-Allah dengan izin Allah akan beri pulangan yang besar.

Alhamdulillah.
Khadeejah Hasmad

Peminat Prof Muhaya
Nota : Di ambil dari Facebook saya.

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *