Muhasabah

Latih Mengadu Kepada Allah

Saya suka bila jumpa quote yang menarik, especially tentang apa yang perlu dibuat bila diuji. Tapi of course my all time favorite adalah quote dari Quran, antaranya:

Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan Sabar dan Solat. – Surah Ali ‘Imran

Maksudnya bila kita ada masalah, sabar lah dan solat lah. Bukan duk jaja cerita kat orang.

Ya, mungkin kita rasa bercerita kepada orang lain tentang masalah kita, boleh melegakan kepala. Dulu, saya pun begitu. Tapi ia tak memberi apa yang kita mahu. Manusia mana ada daya.

Kadang-kadang bila kita cerita kat orang, masalah itu akan menjadi lebih besar. Sebab hukum alam menyatakan, apa yang kita fokus dan cakapkan, itu yang akan membesar, termasuklah apa yang kita ceritakan kepada manusia lain.

Jadi, bila ada masalah, nak cerita kepada siapa?

Jawapannya adalah Allah!

mengadu kepada Allah

Dia tak pernah tidur, tak pernah mengantuk. Bahkan Allah lah yang menurunkan ujian kepada kita supaya Dia dapat dengar suara kita mengadu kepada Dia.

Andai kita tak pernah merasa manis dan cukupnya dengan hanya mengadu kepada Allah, duduk lah atas tikar sejadah 1 jam sebelum solat fardhu, dan 1 jam selepas solat fardhu sambil baca satu persatu terjemahan ma’thurat dan terjemahan surah al-baqarah.

Hati kita ini, Allah yang pegang. Maka mohon lah hati yang cinta hanya pada Dia.

Bila kita cinta hanya Allah, Allah akan hantar orang-orang yang cintakan Dia juga, kepada kita.

Jom join Shaklee untuk buru cinta Allah 🙂

Hubungi saya untuk join:
Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

One Comment

  1. assalamualaikum deeja..selalu dtg sini membaca, tp blum penah sempat leave comment 🙂
    seronok dgn semua perkongsian deeja. terima kasih. entry ni btol2 bagi kesedaran kat akak..sebenarnya hari deeja post tu terbaca tajuk, tp amazing bila hanya tajuk tu mampu melekat dlm kepala ni. saat diuji, terus teringat jgn sesekali mengadu pada manusia, hanya Dia tempat terbaik kita mengadu. terima kasih sekali lagi deeja..keep it up!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *