Aktiviti Persediaan Untuk Membaca : Huruf O Untuk ‘Octopus’

Membunyikan huruf O ini senang sebab kami panggil Hannah – Ochee. Jadi selalu bila nak membunyikan O, sebut O – Ochee.

Untuk ‘O for Octopus’ kami buat sotong kurita. Muhammad cakap ‘Octopus’ dan ‘squid’ berbeza.

Yang kita selalu makan di rumah, namanya ‘squid’. Yang mereka jumpa di Jepun dan pegang semasa di Otaru Aquarium, Hokkaido; itu adalah ‘Octopus’

Kedua-duanya makan ikan. Anak-anak kami tahu sotong makan ikan sebab pernah tolong suami saya siang sotong.

Masa siang tu, tiba-tiba ada nampak ikan kecil dalam sotong. Haa itu sotong makan ikan lah tu.

Dan oleh kerana kami pernah pegang tangan ‘Octopus’ jadi kami buat kesimpulan sotong-sotong ini makan dengan cara menyedut mangsa terlebih dahulu, dan sedutan sotong memang sangat kuat.

Saya yang dewasa ini pun rasa seram 😅

Maryam juga bercerita tentang dakwat sotong. Sotong akan keluarkan dakwat jika ianya rasa terancam.

Dia kata dia tengok di kartun siri Harry Bunny 😅

Aktiviti begini asalnya adalah untuk kenalkan bunyi fonik kepada anak-anak sebagai salah satu persediaan mereka untuk ‘decode’ untuk membaca menjelang usia 8 tahun.

Tapi rupa-rupanya ada sangat banyak perkara lain yang kami pelajari.

Selain mengenali dunia sotong 🐙 kami juga belajar untuk gunting untuk memperkuat otot tangan, dan belajar yang satu-satu alat itu boleh di manipulasi untuk pelbagai kegunaan.

Hannah, 3-years old wrote those ‘o’ on octopus’ hands

Hannah admiring her octopus made by me

Muhammad made his own octopus, busy strengthening his hand’s muscle

His octopus smiles

Easiest Octopus, just cut out the letter ‘O’

This Octopus eating ice cream

‘There’s no one fixed way of doing things. If A didn’t work, we can try B or C etc.’

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares