Aktiviti Kraf Untuk Persediaan Membaca : Huruf P Untuk Penguin

Ikut perancangan hari ini nak buat ‘P for Penguin’.

Tapi dah jadi ‘P for Polar Land’ pula.

Semasa dalam kereta anak-anak buat penguin masing-masing. Ada yang jadi penguin, ada yang jadi guntingan kertas.

Ini adalah hasil Muhammad.

Atas cawan kertas ini adalah penguin. Katanya penguin ini sedang duduk atas ais. Anak-anak biasa tengok penguin di zoo di Jepun.

Paling seronok ‘penguin walk’ di Asahiyama Zoo, Asahikawa, Hokkaido pada musim sejuk. Otaru Aquarium, Otaru, Hokkaido pun ada buat ‘penguin walk’ cuma penguin mereka bersaiz kecil.

Muhammad juga buat ‘Killer Whale’, di letak di bawah penguin. ‘Killer Whale’ ini sedang berenang.

Muhammad pernah menyaksikan persembahan ‘Killer Whale’ semasa di Kamogawa Sea World, di Kamogawa; iaitu lebih kurang 1-2 jam perjalanan ‘train’ dari Tokyo.

Saya dirikan penguin dan ‘killer whale’ menggunakan batang kayu aiskrim.

Muhammad teruja nak tambah lagi haiwan polar.

Saya tanya, dolphin nak tambah tak?

Muhammad kata dolphin bukan haiwan polar.

Oh ya betul juga. Nanti dolphin kesejukan tak cukup lemak macam ‘whale’ (Google kejapĀ šŸ¤­)

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares