Live di Piz Gloria, Schilthorn, Switzerland

Di Switzerland ada banyak gunung. Salah satunya bernama Schilthorn.Untuk ke Schilthorn, kita perlu masuk Lauterbrunnen dan ambil bas yang stop di hentian terakhir.

Kita akan naik puncak menggunakan kereta kabel. Tapi kalau tak nak sampai puncak pun takpe. Boleh berhenti di beberapa pit stop lerengan gunung.

Boleh nampak lah dari bawah ke atas, bawah banyak warna hijau dan semakin ke atas semakin banyak salji dan semakin memutih. Subhanallah Subhanallah Subhanallah.

Dari puncak ini waktu langit cerah, boleh nampak 2 tasik besar Interlaken iaitu Brienz Lake dan Thun Lake.

Selain itu boleh nampak jelas juga 3 puncak gunung terkenal iaitu Eiger, Monch dan Jungfrau. Kalau pandai tengok, orang kata siap boleh nampak Black Forest di German.

Piz Gloria Schilthorn Switzerland

Nampak 3 puncak gunung belakang kami? Itu lah Eiger, Monch dan Jungfrau. Syukur alhamdulillah langit cerah tak berkabus.

Puncak Schilthorn ini turut di panggil Piz Gloria. Filem James Bond 007 pernah di buatbdi puncak ini.

Jom tengok video live saya di Schilthorn

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares