Lofoten, Norway : Syurga Dunia

“Cantiknya Mak! Macam gambar yang Mak ‘print’,” kata Maryam kepada mak nya, merujuk kepada gambar dalam Vision Board kami.

Alhamdulillah syukur tak sangka boleh sampai 😭

Sebak kagum semua ada. Saujana mata memandang..

Tapi kan Maryam cakap macam itu mungkin jua sebenarnya sebab dia nak Mak dia jalan cepat-cepat balik sampai bilik. Supaya mereka boleh main salji puas-puas.

Kalau main tengah jalan nanti kena suruh cepat-cepat.

Sampai saja kabin, tak masuk bilik lagi, anak-anak dah pun terjun dalam salji 😌

Syukur lah Lofoten ini tak sesejuk Oslo.

Kalau semalam Oslo mencatat -9C, Alhamdulillah Lofoten hanya mencatat -1C, walaupun Lofoten duduk lebih atas dari Oslo dan di dalam bulatan Artik (Artic Circle)

Saya kongsikan gambar-gambar kami sepanjang di sana.

Lokasi : Svolvaer, Lofoten. Jalan kaki ke Anker Brygge, Svolvaer

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares