Travel Tips

Long-Distance Travel: Katil Dalam Kereta

Kereta kitorang bukan versi van macam Alphard, atau yang macam Stream.
Saya tak suka kereta gabak-gabak nih. Syukur suami pun jenis tak berapa berkenan kenderaan yang besar.

Tapi bila dah hampir setiap minggu travel, rasa sakit badan lah jugak kan lama-lama dalam kereta.

Kadang masa travel, teringin nak baring macam baring atas katil.

Haha. Melampau tak.

Untuk merealisasikan impian tidur atas katil tapi dalam kereta, kami pun mula buat katil dalam kereta 😀

Selesa sangat dan mudah.

DIY Katil dalam kereta :

1) Letak kotak Shaklee kat bahagian kaki

Tambah sikit bantal peluk yang besar dan sleeping bag yang gulung

image

image

Sebab nak kasi even seat kereta.

Takde lah nak baring nanti terjatuh-jatuh.

Setakat ni Alhamdulillah kotak-kotak Shaklee kuat nak menampung berat ai 😛

2) Letak tilam nipis

Lapis seat dengan tilam nipis. Boleh beli kat Giant je tilam ni.

image

Kalau nak empuk lagi, buh lah mattress protector bawah tu

3) Sediakan accessories tidur

Contoh macam bantal, selimut, ikut lah keselesaan masing-masing.

Kalau nak buh buku ke, lego ke, bagus gak, untuk entertain anak sambil kita rehat

Biasa saya dan Maryam tidur belakang. Tapi kalau Muhammad nak join pun muat je, sempit-sempit sikit lah.

Tengok nanti kalau ada baby baru macam mana >_<

Supplement Travel

Jangan lupa bekal vitamin semasa travel. Biasa antara supplement wajib yang kami bawa adalah supplement bersifat first aid kits.

Ye lah, kadang-kadang budak-budak ni, atau kitorang sendiri boleh tiba-tiba je demam atau selsema.

Antara supplement wajib termasuk Nutriferon, Performance Drink, Garlic dan Vitamin C. Ni set-set untuk boost immune system.

Untuk Muhammad pulak wajib Meal Shakes dan Omega sebab nak bebaskan dia dari ubat drug asthma.

Alhamdulillah takat ni dah sebulan lebih, Muhammad menunjukkan perkembangan yang bagus. Hopefully cure sepenuhnya lah.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda 😀

admin-ajax.php

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *