Cabaran 30 hari

Loving Malaysia | Hari #14: Cabaran 30-hari Entry

Malaysia makin lama dirasakan makin menakutkan. Untuk orang yang ada anak kecik macam saya, untuk orang yang berjiran dengan orang susah macam saya, saya rasa Malaysia menakutkan dan pemerintah semakin lama semakin menindas rakyat. Yang miskin bertambah miskin. Kesian sangat.

So apa part saya untuk bantu menjadikan Malaysia a better place?

Nak tunggu next election, lambat lagi. So part saya termasuk:

Cari Side Income

Well, bagi sesiapa yang belum tahu, saya adalah pengusaha bisnes Shaklee ^_^ Untuk short term, bisnes Shaklee ni memang bertujuan untuk ringankan beban kewangan keluarga kami.

Jangan tak tahu, walaupun Kerteh ni macam pekan koboi, tapi harga barang mencekik darah. Mungkin peniaga ingat staff Petronas semua banyak duit, jadi harga barang jadi tinggi, I dont know..

But serius kesian kat rakyat tempatan yang kerja nelayan je, kerja kemas rumah orang je, kerja pemandu lori je. Anak berderet. Ya Allah…

So macam mana Shaklee membantu komuniti?

Firstly, memang saya ajak jiran join pun. Tengah pujuk lah ni.

Ooops, bukan sebab apa-apa, tapi sebab nak tolong juga. Bayangkan yuran tadika yang mampu bayar hanya RM 10. Nak masuk tadika yang pricey sikit, tak mampu.

Jadi Shaklee menawarkan peluang jana pendapatan dari rumah. Hanya buat tips magic yang kita kongsi, insya-Allah boleh lepas bayar yuran pendaftaran.

Tiap-tiap bulan pulun sikit je, insya-Allah lepas bayar yuran bulanan tadika

Omputeh kata, give a man a fish, he will survive for one day. Teach a man how to fish, he will survive forever.

Dan dengan izin Allah bila income saya sendiri dah cecah 5-figures, menjadi tanggungjawab saya untuk bantu komuniti seperti tolong up kan gaji cikgu tadika yg belum RM 1,000. Kalau diorang mahu lah

Bab nak turunkan harga barang memang bukan kuasa saya atau orang kaya mana-mana or even pihak pembangkang. Ia keputusan kerajaan.

Cakna Dengan Sekeliling

Kadar jenayah semakin lama semakin meningkat. Budak – budak dan orang perempuan sering jadi mangsa.

So called islamic country, tapi kadar jenayah meningkat. Kat Kerteh ni pun jenayah macam tembak orang, curi kereta, pun dah jadi tau.

So apa part saya?

Saya dan kita semua ambil inisiatif kenal jiran sekeliling. Siapa anak kepada siapa. So that takda kes budak hilang tapi kita tak perasan.

Kalau jiran ada masalah, kita volunteer jaga anak dia, macam salah sorang jiran saya, Kak Eli yang offer jiran lagi sorang, Kak Mah, kot kalau Kak Mah nak pergi Kelantan untuk rawatan Pok Din, Kak Eli boleh tolong jagakan anak bongsu nya, Fathiah.

Tapi saya yang pendiam ni masih fail lah bab kenal semua jiran 😛 Setakat ni yang kat lorong saya tu, alhamdulillah semua saya kenal. Ada kenal muka tapi nama tak kenal, tapi at least pernah berborak *tutup muka*

Yang lorong belakang belum kenal. Adeih.

Seperkara yang saya suka tentang kejiranan saya, kawasan ni ada bonding tersendiri. Kalau sorang sakit, semua tahu. Sangat berbeza dengan keadaan di KL dulu, waktu saya duduk apartment kat Taman Melati dulu, jiran sebelah pun saya tak kenal >_< Tak kenal muka, apetah lagi nak kenal mana satu anaknya.

Isk isk isk.

2 points ni je kot yang saya dapat fikirkan. Kalau korang pulak, selain kita berdoa tukar kerajaan, ape lagi usaha kita untuk turn Malaysia into better place to live? Jom kongsi! 😀

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *