Muhasabah

Luahkan Syukur Walau Pada Sekecil Perkara

Selalu kita beramal sebab mahukan sesuatu.

Ya, setiap manusia termasuk saya, perlukan sebab untuk kick start sesuatu.

Normal. Biasa. Allah memahami kita manusia.

Tapi terkadang perasaan bila beramal sebab nak sesuatu, ia terkadang buat hati rasa gelisah, what if itu dan ini.

Dah mula buruk sangka kepada Allah.

Second step – perlahan-lahan, cuba hayati setiap amalan kita.

Hayati maksud perkataan dalam solat.

Hayati setiap bait ayat yang kita tuturkan dalam lafaz surah dalam solat.

Reconnect hati kita dengan Allah, Sang Pencipta.

Lihat setiap perkara dari kaca mata positif.

Dan cuba beramal sebab rasa tersangat bersyukur.

Syukur ini bukan setakat sebab dapat apa kita mahu, tapi pada perkara paling kecil dalam hidup kita sekalipun.

image

Beramal sebab bersyukur akan menjadikan hati lebih tenang, lebih bahagia, lebih tersenyum, lebih ceria.

Dan lebih menarik, ia menarik rezeki dari arah tak tersangka-sangka.

Kita semua manusia. Kita semua masih struggle meraih cinta Sang Pencipta.

Jom. Cuba kita ubah niat

Beramal banyak-banyak bukan sekadar sebab nak sesuatu, contoh nak duit banyak.

Tapi, beramal banyak-banyak sebab sangat banyak nikmat untuk disyukuri, bahkan rasa belum cukup bersyukur pulak, dan nak buat lebih banyak lagi ?

Khadeejah Hasmad
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *