Mak Anak 5 Ini Hanya Guna Satu Teknik Pemasaran Old School Yang Percuma, Tapi Berjaya Close Sale 4 Angka

Ada seorang anak buah dalam bisnes saya nama dia Ti.

Ti seorang yang sangat peramah dan power dalam bisnes. Ti sepenuhnya bergantung kepada pemasaran Facebook.

Kalau ada angin rajin, penuh lah Page Ti dengan update. Page Ti pula agak menjadi, tanpa iklan pun boleh menjemput Likers yang targetted.

Namun lately Ti makin sibuk atas pertambahan keluarga. Banyak masa Ti tak sempat nak menulis di Page.

Beberapa hari lepas Ti maklumkan yang beliau baru dapat jualan produk premium bernilai RM 500+ dari seorang pembeli bernama Nor.

Ok ini macam biasa. Page Ti atau kenalan Ti memang terlajak kaya beli barang mahal dari Ti.

Tapi yang mengujakan adalah jualan tersebut bukan datang dari Facebook Page, tapi dari Blog.

Haaa? Terkejut saya. Entry yang mana ni Ti?

Oh rupa-rupanya ia adalah dari sebuah artikel panjang yang Ti tulis beberapa bulan lepas.

Beberapa bulan yang lepas saya ada buat inisiatif. Ti merupakan salah seorang anak buah saya yang saya ajak tulis lah apa-apa dalam blog asalkan letak produk premium itu.

Jadi Ti tulis je lah apa-apa yang beliau tahu.

Being a perfectionist, Ti tulis panjang lebar.

Sekali jualan dapat jual produk premium terus. Dan hari ini pembeli bernama Nor tersebut nak beli lagi sebab rasa berkesan produk tersebut.

Kiranya dalam sebulan, dari pembeli Nor ini beli total dalam RM 1,500 harga runcit dari Ti.

Subhanallah.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah :

1. Blog Sangat Bagus Untuk Orang Sibuk

Pemasaran menggunakan Facebook memang bagus.

Namun bila kita sibuk tak sempat nak post, atau kekurangan dana untuk buat iklan; akhirnya pemasaran menggunakan Blog dapat cover masalah kita.

Blog digabungkan dengan Facebook bertambah meletup lah hasilnya.

2. Perlu masa & sabar

Pemasaran menggunakan Blog memerlukan masa beberapa bulan untuk nampak hasil kecuali lah jika kita promote dengan agresif.

Jadi kalau menulis di Blog hari ini tapi belum nampak hasil, usah kecewa. Buang rasa nak berhenti.

Sebaliknya teruskan usaha menulis dan mempromosi apa yang kita tulis tadi.

Macam entry/artikel Ti, saya lihat dalam 5 bulan nampak hasil.

3. Tulis hanya sekali, hasil berkali-kali

Macam dalam kisah Ti, entry/artikel yang Ti tulis hanya lah satu artikel. Kalau ada artikel lain yang berkaitan pun, rasanya tak sampai 5 artikel.

Tapi apa yang Ti tulis sewaktu beliau ada kelapangan masa, memberi hasil sewaktu beliau sibuk dan sakit-sakit.

Dan artikel tersebut bukan hanya dapat jualan dari pembeli bernama Nor, tetapi juga pembeli-pembeli yang lain.

Bayangkan. Apa kita tulis beberapa bulan lepas, dah tak ingat dah pun, tapi datangkan jualan.

Best sangat kan ??

Cara buat bisnes Online walaupun sibuk urusan harian

Ok lah setakat ini saya cerita tentang anak buah hebat saya bernama Ti

Jemput Share dan Like kisah Ti jika anda rasa Wow!

Khadeejah Hasmad
Blog Travelpreneur

One Response

  1. titan 13 September 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares