Berpantang

Mak Cik Urut Semasa Berpantang Versi Moden

Sebab apa saya cakap versi moden, sebab alhamdulillah makcik ini tidak strict bab panas panas semasa berpantang.

Saya panggil beliau, Auntie Nora.

Menurut Auntie Nora, setiap pantang larang adalah mengikut cuaca semasa dan keadaan ibu yang sedang berpantang, tiada ‘one size fits all’.

Contohnya, orang dulu suruh pakai stokin dan panas-panas adalah sebab cuaca di bahagian kampung adalah lebih sejuk.

Cuaca saya berpantang di tempat saya adalah panas, hingga kalau pasang kipas full pun, peluh masih memercik.

Itu tak pakai stokin atau sweater.

Dari Auntie ini juga saya belajar konsep angin semasa berpantang.

Bila kita melahirkan baby, rahim kita akan jadi kosong.

Tapi rahim yang membesar hasil dari mengandung akan mengambil sedikit masa untuk mengecut semula ke saiz asal.

Jadi bila rahim kosong dari baby, dan ada ruang kosong tinggalan baby, rahim akan dipenuhi dengan angin.

Angin akan buat kita sakit perut.

Sebab itu kita digalakkan untuk tuam di bahagian perut semasa berpantang.

Tuam ini juga bertujuan untuk tinggalan darah dari dinding lekapan plasenta untuk keluar sepenuhnya.

Auntie Nora ini menetap di Ampang, tapi boleh datang ke rumah kita.

Saya mendapatkan rawatan Auntie Nora ini seawal kandungan berusia 4 bulan, masa mengandung pun dia boleh tolong urutkan.

Rate untuk urutan mengandung adalah RM 100 untuk sejam lebih.

Rate untuk urutan selepas bersalin adalah RM 150 untuk hampir 2 jam.

Alhamdulillah saya tiada masalah apa-apa selepas bersalin, hanya nak betulkan masalah punggung yang memang sakit sejak semasa mengandung.

Auntie ni urut bahagian kepala, badan, belakang badan, semua lah sedap.

Lagi best sebab dia bukan pakai minyak kelapa atau minyak jamu semasa berurut, tapi minyak aromaterapi.

Bau wangi, refreshing dan menenangkan.

Tak berasa berminyak selepas berurut.

Jika anda berminat nak dapatkan khidmat urutan Auntie Nora, boleh hubungi beliau di 017 887 7667

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *