VCD Bijak Solat

Mak, nak solat! =)

Sejuk tak hati bila anak cakap, ‘Mak nak solat!’ 😀
Tapi baby Muhammad tak lah cakap lagi. Tapi bila Abi nye solat, alhamdulillah tak payah di ajak, dia terus nak ikut. Cam semalam kenduri kat Perlis, diorang solat jemaah kat bilik belakang. Muhammad yang memula main lari- lari, tetibe masuk bilik tu nak solat skali. Dok terbongkok- bongkok depan Paksu. Pastu sujud lak kat Abi dia. Pastu jalan pi tengok Pak Long dia yang jadi imam. Dok pusing- pusing, buat aksi- aksi sampai lah solat habis 😀

Sujud 😉

Kat sini teringin sangat nak kongsi VCD Bijak Solat, yang turut contribute sedikit sebanyak passion Muhammad untuk join Abi dia solat 😀

VCD Bijak Solat RM 19.90

VCD ni sangat bagus, MENARIK, lengkap dan KOMPREHENSIF. Bayangkan kita nak ajar sesuatu yg skema kepada anak, tapi at the same time kita nak cuba ambil perhatian si comel supaya si comel tertarik nak ikut kita buat sesuatu yang skema, pasti sedikit mencabar kan? 😉

Kali ni saya nak kongsi cara gunakan VCD ni dengan anak umur 2 tahun ke bawah.

1. Pasangkan VCD dari awal dan perhatikan, scene yang mana satu lebih menarik perhatian anak

2. Biasanya anak suka nyanyi2, jadi mulakan dengan lagu wudhu’. Lagi best kalau kita join nyanyi skali 😛

Lagu Wudhu’

3. Ok, lepas tu, biarkan anak tengok demo wudhu’ pulak. Alhamdulillah Muhammad boleh fokus hingga ke scene soal jawab rukun solat.

Scene Rukun Solat

Tapi kalau anak x boleh fokus kat demo wudhu’, cepat-cepat fast forward kan ke intro untuk scene lain. Setiap scene, intro dia ada bunyi comel sikit. Kasi tengok scene lain seminit dua pun ok. Bila dia boring je, tukar scene lain. Dan kalau boring sangat, cepat-cepat pergi kat lagu solat

4. Bawak pergi main permainan lain, tapi pada masa yang sama, pasang je VCD Bijak Solat supaya dia boleh dengar bacaan -bacaan dlm wudhu’, bacaan solat, etc.

5. Ajak si comel ambil wudhu’. Dan ajak bersolat. Walaupun baju basah, walaupun dia solat hanya angkat takbir dan sujud, teruskan bagi sokongan kepada si comel. Si comel sangat suka tiru ibu bapa sendiri. Jadi kalau nak solat tu, selalu-selalu lah ajak si comel join 😉

6. Ulang step 1. hingga step 4. Kali ni, sambil VCD tu tunjuk demo wudhu’, kita pun ajak si comel berwudhu’ skali. Baby kan suka main air, basah2 baju ni 😛

7. Insya-Allah lama-lama dia boleh fokus pada VCD dalam masa yang lama. Objektif kat sini: supaya anak kita SUKA berwudhu’, the dos and donts dan juga bersolat.

*******************************************
SUKA solat dan TAHU solat adalah dua perkara berbeza. Kalau kita SUKA, apa saja berlaku atau dimana saja kita berada, kita tetap nak buat. Kalau kita sekadar tahu nak buat sesuatu, tapi tak lah suka nak buat, kita takkan buat unless ada keperluan untuk buat.

Jadi dengan baby ni, ibu bapa kena kreatif create rasa SUKA SOLAT dalam diri anak. Banyakkan nyanyi lagu wudhu’ dan solat, sambil buat funny faces. Kalau dia nak join ambil wudhu’, walaupun dia sekadar basuh muka atau berulang kali basuh kaki sampai basah baju, kita bg respon positif- tepuk tangan dan cium baby banyak kali sambil cakap ‘pandai’ =)

Jangan pulak marah pastu cakap ‘apsal main air sampai basah.’ Sebab ini akan membuatkan anak takut dan dia pun rasa fobia lah nak ambil wudhu’ lagi. Takmo lah.

Terima lah hakikat anak kita masih kecil, biasa lah bila baru nak belajar sesuatu, banyak lah perkara yang tak sempurna. Motor skill dia pun belum sempurna lagi, sebab tu tak reti nak basuh tangan betul-betul, etc.

Berminat nak dapatkan satu VCD ni?=)
Hubungi saya sekarang! 😀 Boleh:

PM FB Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp/Call 0194093457

Published with Blogger-droid v2.0.4

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *