Living in Japan

Makan Halal Di Tokyo : Cara ke Siddique Shinjuku

Siddique adalah salah satu kedai makan halal di Tokyo, yang menyediakan makanan, entah saya tak pasti sama ada India atau Pakistan atau Arab.

Menu dia yang kami suka adalah Naan with mutton curry and buttered chicken curry.

Dan juga mutton briyani. Nasi briyani dia versi briyani tanam.

Roti Naan tu diorang serve panas-panas, tu yang sedap tu.

Naan dia ada set-set.

Biasanya kami ambil set yang ada 2 kuah.

image
Set ni siap ada nasi pulut dan Ayam Tandoori

Mutton curry dia sangat umppphh!! Begitu juga dengan chicken butter curry.

Patut pun bebudak ni suka.

Ok, cara pergi.

Kat Shinjuku banyak je Siddique ni.

Tapi kitorang biasa pergi yang dekat dengan JR Station lah.

Sedikit intro.

JR adalah rangkaian keretapi di Jepun. Kami prefer JR sebab ianya tak selalu padat macam rangkaian keretapi Metro iaitu subway.

JR bukan subway. Di Tokyo, banyak juga tempat yang JR ni cover.

Tapi di Osaka, tak lah sebanyak mana.

Ok, back to cara pergi Siddique.

1) Di JR Station, ambil West Exit.

West ya. Bukan Central West.

Kalau anda belum pernah ke Tokyo, stesen train di Shinjuku di sangat besar dan sangat banyak Exit.

Tersilap masuk exit, akan membuatkan anda sangat jauh nak patah balik ke tempat asal.

Ia bukan macam KLCC Station.

Mungkin Shinjuku ni macam Ampang Park plus sepanjang jalan ke stesen KLCC plus sepanjang jalan ke lepas KLCC tu.

Haa, memang sungguh besarrrrr.

Jadi, pastikan exit anda betul.

2) Ambil lif ke tingkat 1

Kitorang ambil lif sebab bawak stroller.

Kat Tokyo memang tak boleh bawak stroller naik escalator, melainkan kita lipat stroller tu.

Keluar je dari lif, mesti nampak Tiffany&Co.

Memang wajib nampak lah.

3) Dari lif, turn left.

Belok kiri dan jalan straight je.

Anda akan melepasi di belah kanan, deretan kedai Palette, Uni Qlo.

4) Cross the road.

Melintas jalan.

Dan kemudian, melintas sekali lagi untuk ke jalan yang opposite.

5) Di lorong jalan

Lepas tu jalan ke deretan kedai kat depan tu.

Sikit je jalannya dalam seminit kot, nanti akan perlu melintas satu lorong kecik.

Ha kat lorong tu lah ada Siddique.

Bila dongak sebelum melintas lorong, anda akan nampak perkataan Siddique.

Ada Dine In & Take Away.

Ya, orang Jepun pun ada makan situ.

Ok 🙂

Sekian catatan untuk ingatan kami juga. Hihi.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *