anakku sayang

Terawih di Masjid Shah Alam : Masjid Mesra Kanak-Kanak

Kanak-kanak memang nature nya suka brain, menjerit, berlari.

Jadi sebagai ibu bapa, jangan terlalu resah bila anak anda nampak aktif. Itu petanda mereka sihat dan sel otak sedang berhubung πŸ˜‰

Tapi macam mana pulak kalau terawih nak bawa diorang pergi masjid?

Saya sangat sangat suka nak sarankan Masjid Shah Alam yang besar tu untuk anda πŸ˜€

Baik Sangka Pada Yang Tak Suka Anak Kecil Di Masjid

Usah pula kita kata buruk kepada mereka yang tak senang dengan kehadiran dan keaktifan anak kecil.

Masa ni lah untuk golongan usia emas nak ketenangan semasa solat. Nanti kita usia emas, mana tahu kita pun macam tu.

Ada orang pula memang masa solat lah nak rasa tenang. Jadi hiruk pikuk anak kecil ni boleh mengganggu.

Jadi, untuk keharmonian semua pihak, mak ayah kena cari lah masjid yang mesra kanak-kanak.

4 Sebab Saya Sangat Suka Tentang Masjid Shah Alam

Sebab yang berkaitan dengan mesra kanak-kanak.

Sebab #1 : Kawasan bawah khas untuk ibu dan ayah bersama anak kecil.

Kawasan kat bawah yang luas tu, kalau kita bawa anak kecil, sila jangan segan.

Lepas kan aje anak kita. Sambil kita monitor lah.

Diorang nak berlari, menjerit, menangis, meragam, semua boleh. Haha.

Kadang masa kita solat, ibu lain tolong jagakan anak kita, bergilir.

Tenang sikit lah hati si ibu kan.

Belah dalam boleh, tapi lebih selesa kalau beraktiviti kat belah ruang legar kat tengah.

masjid mesra kanak-kanak
Bila dah penat berlari, nak tulis-tulis pulak

<More pics saya upload kan nanti ya.>

Ramai sangat kanak-kanak lain boleh buat kawan.

Sebab #2: Bilik khas untuk menjaga anak kecil.

Pihak masjid pun ada sediakan beberapa bilik khas untuk tolong jaga anak kecil.

Kalau ibu bapa yang nak naik atas untuk solat, boleh tinggalkan anak dengan penjaga kat situ.

Mereka hanya akan lepaskan anak kepada orang yang hantar anak tadi.

Bilik ni terbahagi ikut umur.

Tapi sebab macam bilik kan, bagi saya tak cukup luas untuk Muhammad dan Maryam berlari ekspresi diri, jadi saya teman diorang kat ruang legar je.

Sebab #3: Tandas yang sangat selesa.

Especially kalau orang yang duduk luar Shah Alam tapi datang masjid dan nak mandikan anak, bilik mandi masjid ni sangat bersih dan selesa. Banyak pulak tu.

Ada bilik mandi, depan tu bilik kering untuk lepas mandi lepas lap-lap, pakai baju.

Anak boleh mandi, mak ayah pun boleh mandi untuk segarkan badan.

Sebab #4: Makanan Disediakan

Berbuka memang disediakan.

Untuk moreh pun disediakan untuk mereka yang habis 8 rakaat dan untuk yang habis 20 rakaat.

Tapi kalau sebelum orang 8 rakaat habis, anak kita nak ambil sikit air atau kuih tu pun boleh.

Best kan ^_^

Ajak pi masjid ni bukan apa, untuk bantu anak suka kepada masjid dan lebih condong untuk buat aktiviti dalam masjid.

Memang masa anak kecik kita nampak diorang main, aktif berlari.

Tapi semua yang kita buat, semua yang mereka nampak, mereka sedang serap dalam minda dan habit.

Sekarang pun Muhammad dan Maryam pandai pulak nak tiru solat. Tak payah ajar.

Semoga perkongsian ini membantu ibu ayah yang tercari masjid mesra kanak-kanakΒ πŸ™‚

Jom kongsikan masjid mesra kanak-kanak di tempat anda pulak πŸ™‚

Similar Posts

2 Comments

  1. Bagusnya,terima kasih sebab bagi feedback Masjid Shah Alam.Tahun lepas saya bersolat di Masjid Bukit Jelutong.Sebab ada kids corner.Boleh tinggalkan anak sepanjang solat terawih,ada aktiviti kraft,mainan,lego,tayangan movie cartoon,snek dan goodies.Tahun ni tak de orang ambil alih kids corner.Azam saya,satu hari saya akan ambil alih kids corner tu…sebab saya sangat terkesan dengan kemudahan semasa saya yang bawa anak kecil di masjid.Insyaallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *