program platinum dr azizan osman
Tips Perniagaan

Masters Your Business – Di Sebalik Keputusan Ke MYB

Selepas IMKK, iaitu program Dr Azizan Osman, kami dikenalkan dengan program Pakej Platinum.

Dah nama pun Platinum, harga pun expect lah Platinum.

Tapi kalau tak nak langgar dinding, rugi macam-macam, melabur lah dalam program ilmu sebegini.

Biar kita bayar sedikit yuran kebijaksanaan, jangan sampai kita terpaksa membayar cukai keb*d*han disebabkan ego tak nak menuntut ilmu.

Yuran Program MYB

Masters Your Business ni asalnya yuran dalam belas ribu.

Tapi di diskaun kan menjadi RM 4,997

Masa suami saya nak pergi, kami diuji dengan pelbagai cabaran kewangan.

Secara tiba-tiba banyak benda menuntut kewangan right on the dot!

Sesak nafas sekejap, tapi tenang.

Program DAO wajib juga kena pergi!

Tapi keadaan kewangan macam seolah-olah tak membenarkan kami pergi; lepas satu cabaran, datang satu lagi cabaran.

program platinum dr azizan osman
Hmm, nak korek mana ni

Masa tu suami nak pergi seat Super Supreme untuk MMM (Millionaire Marketing Mastery) -bukan Platinum dan MYB (Master Your Business)

Kedua-dua program ini sahaja menuntut lebih kurang RM 8,000

Benda lain belum masuk tu.

Maka terpaksa kami tangguhkan salah satu.

Kami setuju ditangguhkan MMM.

Sebabnya bagi kami, MYB lebih bersifat kepada strategi, dan strategi adalah sangat penting untuk bantu melonjakkan bisnes kami.

Rahmat Allah Di Saat Akhir

Masa pulang dari Kerteh, tiba-tiba saya dapat panggilan dari Encik Reza, customer service RichWorks untuk bertanya follow up sama ada saya akan menyertai program MYB.

Tapi masa tu saya tengah drive, jadi hubby  tolong angkatkan.

Hubby memang kenal Encik Reza sebab pernah jumpa masa pendaftaran IMKK hubby.

Tak tersangka, atas rahmat Allah,Encik Reza maklumkan, boleh je kalau nak bayar ansuran.

RM 3,100 kalau nak bayar selama 6 bulan.

Walaupun masih dikira banyak, tapi subhanallah Alhamdulillah, banyak dah diskaun tu.

Dan akhirnya Allah datangkan juga duit itu dari arah tak tersangka.

Program Wajib Untuk Semua Business Person

MYB bagi saya adalah program wajib bagi orang yang dah ada bisnes, dah bergelumang dalam susah payah bisnes.

Yang menariknya, mungkin disebabkan yuran dia tinggi, maka jumlah peserta tak lah sampai ribu, 500 pun tak sampai, paling ramai dalam 300+

master your business program platinum dr azizan osman
Pengesahan Dari Emel

Kumpulan yang kecil membolehkan peserta tanya macam -macam soalan.

Kan ke seronok tu 😉

Bila orang lain bertanya, kita boleh belajar sekali, dan sebab tak berapa ramai orang, tak perlu lah cikgu kena pick nak jawab soalan siapa., insya-Allah semua soalan pasti terjawab.

Saya ada banyak kongsikan input MYB di wall Facebook saya, insya-Allah saya akan kongsikan di blog ini dari semasa ke semasa 🙂

Ingat, nak buat apa pun kena ada ilmu.

Dan sesungguhnya buat bisnes ni bukan hanya kerana kita nak duit banyak, nak kaya, atau nak kebebasan kewangan.

It is more than that.

Hingga bertemu lagi! 😉

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *