Tips Kewangan

Matlamat Baru

Lepas main game cashflow ini, baru sedar, selama ni kami cari duit tanpa tujuan yang jelas.

image

Wishlist adalah salah satu tujuan, tapi masih kabur.

Matlamat baru kami lepas main game cashflow – passive income adalah melebihi komitmen bulanan.

Passive income definisi kami adalah pelaburan dalam hartanah, saham, emas dan unit amanah.

Kemudian, lepas dah lepas objektif pertama, objektif kedua adalah aset bernilai RM 1 juta.

Aset bukan tunai sebab aset ni, nilai dia akan bertambah seiring tahun.

Dalam bentuk tunai pun nak jugak, tapi kita go one by one.

Aset ini untuk guna bila anak nak sambung belajar, dan uruskan perkahwinan anak.

Dan aset ini lah yang di plan untuk cover anak-anak kami jika ditakdirkan kami meninggal dunia terlebih dahulu.

Tak nak lah bila kita takde, kos hidup anak kita terpaksa perabis duit mak kita atau adik-beradik kita, kan.

Aset ini juga akan digunakan untuk persaraan kami, belum tetap lagi nak bersara umur berapa 😛

Objektif lain, tunggu dulu.

Ini pun dah rasa berat jugak. Due date asyik berubah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *