Mengajar Sendiri Anak Di Rumah : Ibu Jadi Naga?

Homeschooling atau bahasa ibunda nya belajar di rumah, memang saya lalui sejak kecik.

Masa kecik dulu, sejak sebelum tadika lagi, mak yang ajar kami 5 beradik (Yayam lahir lambat) untuk semua benda termasuk mengaji, membaca bahasa melayu, membaca bahasa english, matematik, doa-doa dan banyak lagi.

Sampai ke sekolah menengah, semua subjek mak ajar – Ya, semua. Especially subjek yang susah nak dapat A.

Saya sangat kagumi mak saya.

Saya Ni Boleh Ke?

Bila tiba masa saya ada anak sendiri, saya macam pelik, macam mana nak ajar anak ni. Sebab macam susah.

Lagi-lagi budak.

Tapi bila mak bacakan buku kat Muhammad ok baik je pulak dia nak dengar. Time saya, boleh dia nak buat benda lain.

Sampai lah ke waktu tiba-tiba suami saya ke IMKK dan kami bersetuju untuk tidak menetap di hotel kali ini.

Muhammad Minta Dibacakan Buku

Tiba-tiba Muhammad minta dibacakan buku. Dia dah banyak ponteng tadika sebab duk ikut kami travel.

Saya pun ikut je.

Muka surat pertama, baca ‘a’ ok.

Kemudian muka surat kedua, baca ‘ba’ ok.

cara ajar anak baca

Kemudian muka surat ketiga, baca ‘ca’ ok.

Tapi bila minta ulang semula yang ‘ba’ tadi, boleh dia lupa?

Eh, kenapa ni. Padahal dah ulang banyak kali.

Memang jadi mak naga lah. Dah lah duk nagging kita suruh baca baca baca.

Paksa Menulis

Allah ilhamkan kepada saya untuk suruh dia tulis supaya dia ingat.

Ye lah, saya sebagai orang dewasa pun, kalau belajar tak tulis, memang tak ingat.

Dan memang kena paksa tulis la.

Dia tulis huruf b cara dia, mula buat bulat, pastu tulis tangkai.

cara ajar anak menulis

Memang mencabar. Tapi walaupun saya marah, dia tetap nak baca dan nak baca dan nak tulis.

Kita layankan aja.

cara ajar anak cepat membaca

Follow Gaya Anak

As the times goes by, dalam solat saya berdoa, mohon Allah ilhamkan kami macam mana nak belajar dan mengajar, dan benda ni datang secara semulajadi sebenarnya.

Mungkin itu konsep belajar di rumah. Mak tu tahu anak nya punya pattern belajar. Dia boleh tangkap bila ajar yang gaya macam mana.

Habis saya selongkar buku-buku di rumah.

Baca Perkataan Penuh

Saya mulakan ajar dia baca buku yang sangat asas.

Ye lah, kalau saya belajar bahasa Jepun pun, takat baca suku kata yang takde makna, memang susah faham.

Cuba suku kata tu disambungkan dan ada makna, seperti contoh – Okaasan maknanya Emak.

Baru lah senang ingat. Tambah pulak ada gambar, lagi senang nak ingat.

Jadi untuk Muhammad, saya gunakan buku apa saya ada, buku ‘Alam Si Kecil’ lah.

cara ajar anak membaca

Dan saya group kan suku kata, dan saya minta dia baca.

ajar anak membaca

Alhamdulillah mudah dia grab.

Lepas tu minta lagi baca dan baca.

Lepas tu baru lah saya mula excited nak cari buku – buku untuk ajar Muhammad dan Maryam -mahal juga ok.

Kenali Anak Kita

Saya percaya setiap kanak-kanak ni lain gaya pembelajaran dia. Kita sebagai mak kalau nak tahu gaya dia, kena cuba dan cuba.

Jangan sesekali samakan anak kita dengan anak orang lain. Lain orang, lain kelebihannya.

Saya ada baca dalam blog Puan Nik Eliani, ibu yang menghasilkan siri Bacalah Anakku, katanya anak perempuan kebiasaannya mula nak belajar baca pada usia 3 tahun.

Anak lelaki memang lambat sikit, dalam usia 5 tahun. Kira ok lah Muhammad ni dalam range 4 tahun lebih.

Dan kita jangan paksa, sebaliknya ikut je dia bila dia nak. Cipta suasana suka membaca dan suka belajar.

Anda Boleh!

Tiada istilah aku ibu yang gagal. Semua ibu boleh ajar anak nya. Macam mak saya ajar semua kami adik-beradik. Memang idola ai.

Doakan saya kuat dan cukup sabar untuk ajar Muhammad sampai dia berjaya baca buku, terutamanya buku-buku yang tulisan kecik-kecik.

Dan sudah tentu kita nak dia baca dan faham apa yang dia baca, bukan baca macam robot je 😛

Membaca membuka minda, kan? 🙂

Ok ai sambung next time untuk topik ni 😉

7 Comments

  1. akubiomed 5 May 2015
  2. nini 10 May 2015
  3. Ida 16 May 2015
  4. Ibu 16 May 2015
  5. roslina mohd sobri 22 May 2015
  6. MDHAFiZ.NET 24 May 2015
  7. musadun 9 June 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares