Merc De Glace, Chamonix-Mont-Blanc, France

Antara banyak-banyak gambar saya share dengan iReach Travel, ada kawan berkenan sungguh dengan gambar ini.

Terkedu saya. Sebab apa tau, automatik Allah ajar saya sesuatu.

Waktu itu saya agak sering merungut sebab tak nampak the whole Mont-Blanc sebab berkabus. Rupa-rupanya dapat tengok view sekeliling Mont-Blanc pun kira banyak kena syukur tau.

Lagi pelajaran,

Kita semua ni Allah cipta sebenarnya dah hebat dah, tapi selalu sangat tengok orang lain, dok sebut orang tu dia boleh lah dia itu ini aku tak macam dia sebab tu aku takda itu dan ini — kita dah jadi tak pandai bersyukur.

Bila jadi macam tu, terpendam lah kehebatan kita yang Allah dah bagi siap-siap tunggu untuk di gilap saja.

Gambar ini sebenarnya adalah pemandangan di lereng gunung untuk naik Merc De Glace di Chamonix Mont-Blanc, France. Tourists termasuk kami, tak turun di sini sebab kita nak tengok view yang lebih indah kat depan.

Yang sebenarnya, setiap moment dalam hidup kita adalah bermakna dan indah jika kita lihat pada kaca mata aku hamba Tuhan.

Kalau Tuhan tak bagi aku, macam ni pun aku tak dapat. Hidup aku disandarkan sepenuhnya hanya pada Tuhan.

Aku tiada apa tanpa kasih Tuhanku..

Jom kawan-kawan, cari apa kehebatan kita, gilap agar bukan sahaja dapat beri manfaat pada diri tetapi juga pada manusia lain.

You are the greatest!

#deejatravelstories
#deejainspiration

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares