tips bekerja dari rumah
Tips Perniagaan

Minat Boleh Jana Pendapatan?

Ramai orang tercari-cari, perniagaan apa paling sesuai untuk dia jalankan.

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana untuk jadikan minat atau hobi anda sebagai sumber pendapatan anda 😀

Mari bermula

Senaraikan 10 kemahiran anda.

Sebagai contoh, anda mahir untuk

  • Menulis luahan perasaan dalam diari
  • Masak kek yang sedap
  • Memotong rambut

Dan sebagainya.

Pilih 5 minat yang paling anda minat dan suka. Maksudnya anda terus pilih tanpa berfikir.

Biasanya top 5 itu yang paling kita minati sebab kita akan senaraikan tanpa banyak berfikir.

Kemudian, bayangkan anda tanpa apa-apa modal, tercampak ke negara Australia, pilih, salah satu minat yang anda boleh gunakan untuk jana duit.

Kenapa berdasarkan minat kita?

Kerana bila kita minat sesuatu, kita akan buat bersungguh-sungguh walau apa pun cabaran mendatang.

Lautan api sanggup ku renangi.

Kalau buat biasa-biasa pun kita dapat hasilkan hasil yang berkualiti, kalau buat sungguh-sungguh pasti kita boleh jana pendapatan dari minat atau hobi kita.

tips pilih perniagaan dari rumah

Contoh jana pendapatan dengan minat

Sebagai contoh, anda suka masak kek. Masak kek boleh menghilangkan stress anda.

Anda sangat mahir buat kek coklat, kek marble, kek kukus dan macam-macam jenis kek lagi.

Setup blog, atau fanpage, kongsikan gambar kek yang anda hasilkan, dan mulakan tawaran perkhidmatan anda.

Anda juga boleh berkongsi tips-tips atau resipi kek anda.

Jangan risau, anda tak kehilangan apa-apa.

Contoh paling dekat – mak kita bagi resipi sebiji-sebiji kepada kita, siap tunjuk depan mata cara masak sesuatu lauk, tapi pernah kah masakan kita sesedap masakan mak kita? 😉

Air tangan setiap orang itu berbeza.

Sistem

Sistem sangat penting.

Pastikan anda tulis flow bila ada order, apa nak kena buat, penghantaran macam mana, kalau orang buat tempahan untuk doorgift perkahwinan macam mana.

Sistem kewangan juga sangat penting untuk memastikan aliran tunai perniagaan yang sihat.

Belajar ilmu perniagaan

Selebihnya, laburkan lah sedikit duit untuk menyertai kelas-kelas perniagaan seperti yang dikendalikan oleh Dr Azizan Osman.

Tak rugi, malah anda pasti akan dapat pulangan berganda.
tips bekerja dari rumah
Minat atau cinta terhadap kerja akan membuahkan kejayaan dalam perniagaan

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang tercari-cari pendapatan sampingan yang sesuai dengan hati dan citarasa anda.Insya-Allah saya akan berkongsi lanjut mengenai tips memilih perniagaan.

Jika anda berminat untuk menyertai perniagaan Shaklee, hubungi saya di:

Khadeejah Hasmad

SMS /Whatsapp : 019-409 3457

Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *