Event Sana Sini | Family

Mini Cheesecake Yang Sedap

Sebenarnya nak berkongsi tentang Aqiqah Baby Hannah. Tapi gambar tak banyak.

Aqiqah ni kami buat kecil je, jemput keluarga dan saudara belah mak je.

Bagi can lah kan, masa raya hari tu, susah nak jumpa sedara belah mak berkumpul bersama.

Raya haji ni kasi qadha’ 😉

Oh nak kongsi tentang sedapnya desserts hari Aqiqah hari tu.

Bagi anda yang mencari desserts untuk majlis kecil yang buat private, tapi nak desserts yang sedap, sangat lah saya recommend kawan saya ni, Pa’a Wawa.

Boleh tengok lebih banyak koleksi kek dia kat blog http://dapur.ibucergas.com

Saya order 5 jenis cake untuk Aqiqah Hannah.

Pa’a ni di kalangan geng Shaklee iReach, memang terkenal kesedapan keknya.

1) Pecan Walnut Butterscotch Cake

Sedap Ya Allah!!! Semua rasa masuk dan harmoni!

Kalau kek tu takda kacang Pecan Walnut, mesti rasa dia ada something kurang.

Saya bukan peminat kacang tau, tapi entah kenapa kacang dalam kek ini jadi pelengkap rasa.

Sos butterscotch tu, lazat!!

2) Red Velvet Cake

Pewarna merah guna beet root, bukan pewarna biasa sebab saya risau anak-anak saya alergik dengan pewarna tiruan.

Ni feveret mak saya. Saya dah berpaling tadah setelah merasa Pecan Walnut Butterscotch Cake.

Hik3

3) Oreo Cheesecake

Cantiknya! Crust dia sedap sesangat!!!

Memang kaya dengan oreo lah.

4) Mini pavlova

Oleh kerana saya memang sangat gilakan Pavlova Pa’a, jadi saya nak order pavlova.

Tapi untuk majlis aqiqah, pavlova besar tu rasanya kurang sesuai, nanti messy, nak serve macam mana.

Jadi saya order mini pavlova, macam cupcake lah.

Feedback dari sepupu saya, dia kata susah nak jumpa pavlova sedap macam Pa’a buat.

Biasanya pavlova dia jumpa keras lah, terlalu manis lah.

Tapi Pa’a punya just nice. Lembut. Rasa pun tak terlalu manis.

Oleh kerana sepupu saya tu asyik bertambah je pavlova, saya pun bagi satu kotak pavlova kat dia.

Hihi. Happy tau dapat buat orang happy 🙂

5) Mini Strawberry Cheesecake

Nasib baik minta buat versi mini cheesecake.

Jadi takde lah kita cepat muak.

Sangat lah tempting rupa cheesecake ni. Rasa dia pun sesedap rupanya 😀

image

Harga cake Pa’a adalah harga homemade cake.

Dan rasa cake Pa’a adalah up sikit dari Secret Recipe.

Tak tipu tau. Ada sepupu saya bagi feedback, dia cakap terasa dalam cake ni, Pa’a buat with love.

Haa, sampai gitu sekali.

Jadi jangan lupa, kalau nak order pavlova sedap ke, cake sedap ke, contact je Pa’a kat 013-3355598

Insya-Allah pasti puas hati 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *