Muhasabah

Miracle Dari Allah Untuk Yang Usaha Sekuat-Kuatnya

Saya saja nak kongsikan tentang movie yang kami baru tonton, alah dekat dalam rumah je pun – The Finest Hour. Saya suka sangat-sangat siap ulang tengok. Jalan cerita dia agak lambat, kena tengok 2-3 kali baru saya faham any of the small parts.

Ada 3 watak utama yang saya sangat kagum di sini :

#1 : Miriam

Walaupun dia mungkin consider bukan watak utama, tapi bagi saya dia lambang wanita yang bertegas dengan apa aku mahu. Dia suka sangat dengan Bernie Webber siap ajak Bernie tu kahwin.

Dan, dia sangat cekal bila tahu Bernie pergi rescue mission untuk selamatkan orang. Takde nya nak merajuk tak tentu hala. Bila Bernie selamat balik, dia sambut dengan senyuman. Kan bagus para isteri begitu. Bila suami letih balik dari kerja, all they need is just a hug, a sweet smile & warm welcome.

Saya suka tengok sebab zaman sekarang agak susah nak tengok para isteri yang betul-betul warm towards husband. Kiranya my motivation lah ni ^_^

#2 : Bernie Webber

Watak utama yang sangat skema. Dia ni skema betul. Pada hari storm terlalu kuat, boss dia minta dia keluar selamatkan crew members of split tanker, dia iya kan saja; walhal senior crews semua ngelat.

#3 : Mr Sybert

Engineer kapal Pendleton, kapal yang terbelah dua di tengah lautan yang mengganas dengan bergelora. Kapal belah hadapan dah pun karam. Mr Sybert the ship engineer expert di bahagian enjin kapal yang survive predict – we will be sinking in nightfall.

Buat kerja sehabis baik

Kalau lah Bernie ini tak kuatkan semangat untuk selamatkan Pendleton Tanker crew members’, dia selamanya takkan dikenali satu dunia melalui movie macam hari ini.

Dan tindakan dia ini dah pun inspire manusia serata dunia termasuk inspire saya.

Bayangkan, tak boleh bayang kalau belum tengok sebenarnya. Bernie Webber & team redah laut yang bergelora package sekali dengan angin kuat dan snow. Ohmai. One could only imagine betapa rasa aku nak balik rumah!

Bernie Webber ini sangat skillful, dia listen to the wave, very big waves, dan cuba ride on each waves. Berdebar sangat. Tapi oleh sebab nak buat sehabis baik, bring it on!

Resuce boat team Bernie Webber di telan waves. Ini baru satu. Allahukabar!

Banyak lah episod yang mendebarkan – kompas hilang akibat dihempas big wave, tiba-tiba enjin mati masa nak lawan wave dan Fitz the engineer kena cepat within 5 seconds fire it up dan macam-macam lagi.

Berdebar menanti the next wave. Just ride on the wave sambil keep the engine running. Ferocious sea makes a skillful sailor.

Bernie Webber ini simbol – kerja sehabis kuat tak kisah kau rank apa sekalipun. Bila buat sehabis baik, impak dia pun memang wow siap boleh selamatkan 32 crew dalam situasi yang senior officers pun tak berani nak keluar. Dan tak pasal-pasal I am wiriting about him right now (Bernie Webber ini dah meninggal dunia tahun 2009 pada usia 81 tahun)

Miracle dari Allah datang when you have had work hard enough

Bila kapal split into two, yang belah satu lagi ada kapten kapal dah pun karam, maka the remaining survivors dah mula tak tahu nak buat apa. Ada 2 group – satu nak selamatkan diri menggunakan lifeboat. Satu lagi nak duduk saja dan berdoa.

Oil tanker ini dah split into two dihempas laut yang ganas. Masya-Allah. Can you imagine such event for such big ship? Allahuakbar!

Engineer kapal, Mr Sybert masih optimis dan nak mencuba. Biar mati mencuba dari mati tak buat apa-apa. Dia suggest macam-macam cara untuk buy more time so that the ship will sink at slower time.

Masa tengok cerita ini, baru faham kenapa orang kerja di laut gaji tinggi dan insurance mesti tinggi. Ia terlalu high risk dan melibatkan nyawa. Mr Sybert (depan sekali) & the team buat manual tiller untuk kasi tanker yang tinggal separuh ini seimbang sementara.

Pada mulanya cadangan beliau di tolak, tapi bila dia jatuhkan lifeboat ke laut, semua orang terkejut – lifeboat tu turun kapal je terus pecah di hempas ombak laut yang mengganas.

Maka semua orang pun baru nampak kenapa dia kata lifeboat tu tak selamat pun, dan ikut je cakap Mr Sybert ini.

Beberapa kali cubaan, akhirnya setelah berhempas pulas kejap tiller rosak di hempas waves, kejap big wave menghempas the split tanker and crews, kejap kapal terlepas shoal – akhirnya berjaya juga mereka lay the ship at the nearest shoal.

Cuma, siapa akan datang selamatkan diorang? Radio kapal memang dah out lah sebab bahagian radio ada di bahagian depan kapal yang dah pun karam. Jadi nak panggil siapa guna apa?

Nobody knows where we are. Kalau takde orang, maksudnya tengah malam tu juga mereka akan karam sebab hujan tak berhenti dan ombak tak berhenti mengganas.

Tapi rahmat Allah, atas ihsan Allah, setelah habis usaha dah takde idea dah nak buat apa, Allah hantarkan Bernie Webber yang skema dan ‘do my best’ untuk selamatkan diorang.

Turn out, habis je semua crew loading rescue boat Bernie, tanker ship itu pun mula tenggelam dengan laju ke dalam laut yang sedang mengganas.

Allahuakbar! Allahuakbar!

Just the right moment

Berdebar sangat saya menonton cerita ini. Terasa sungguh kasih sayang Allah.

Miracle hanya datang bila dah usaha sehabis baik.

Engineer Sybert dah buat semua benda terdaya sampai habis akal apa lagi aku nak buat ni. Whistle kapal dah blow supaya who knows ada orang boleh dengar, dah cuba selamatkan whatever left daripada ditenggelami air, tapi nak buat macam mana, the ship is sinking juga sebab dah terbelah pun.

Satu persatu pump, breaker, generator kapal rosak dan air mula memenuhi kapal.

Team Bernie Webber pula dah hilang kompas masa wave menghentam mereka. Radio mereka pun rosak tengah jalan, nak tanya kat siapa macam mana cari tanker tu.

Dia pun tak tahu cara mana aku nak jumpa tanker tu. Nak balik ke station tak boleh lah sebab ‘we have come too far’ dah redah segala payah, takkan nak balik macam tu saja. Penat-penat bagai nak gila bersabung nyawa berentap dengan big waves, tiba-tiba senang-senang nak patah balik?

Dia follow the wave current sambil listen to the sea.

Akhirnya Allah izinkan dengan tak tersangka-sangka Bernie Webber and the team survive big wave demi big waves yang menelan boat kecil mereka, untuk sampai juga kepada the split tanker. Tak sangka tiba-tiba depan mata diorang je tanker tu, masa tu generator tanker dah mati, so kapal tu dah mula bergelap di tengah malam.

Tunggu masa je nak karam.

Allah izin juga mereka berjaya selamatkan the crews daripada karam bersama kapal tadi.

Those two teams – team Bernie & team Sybert – mereka usaha sehabis gila yang mungkin orang sekarang susah nak buat. Dan bila habis kudrat mereka, akhirnya Allah tolong mereka untuk survive the monstrous weather dan akhirnya berjaya juga balik walaupun without compass.

Jadi, kalau kita yang kerja tidak lah berkaitan nyawa live or die, kena lebih cekal. Kita juga kena usaha sehabis daya usaha bagai nak gila, to our best; then only miracle will come.

Rahmat Allah pasti datang untuk setiap hamba-Nya yang cekal berusaha.

Come on!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *