Muhasabah

Berhenti Menjadi Mangsa Keadaan

Pagi tadi saya baca salah satu email dari Dr Azizan Osman mengenai berhenti menjadi mangsa.

Dr Azizan bercerita tentang pengalaman beliau melawat kawasan banjir dan mangsa banjir di Kelate dan pengajaran yang diperolehi.

Menariknya, kita selalu membiarkan diri kita menjadi mangsa keadaan.

Sebagai contoh, kita sangat menginginkan buat pendapatan tambahan dari rumah sambil jaga anak, sebulan kita teringin nak buat pendapatan lebih kurang RM 3,000

Tapi bila situasi menguji seperti contoh rumah blakcout, internet takde, kerja pejabat menggunung, kita sangat mudah mengalah dan menjadikan diri sebagai mangsa keadaan.

Dr Azizan menyarankan agar kita berhenti menjadi mangsa, dan mula untuk kuasai keadaan.

Setiap cabaran yang datang dalam hidup kita memang dah Allah tailor mengikut kemampuan kita.

Cabaran kita tak mampu di pikul oleh orang lain, dan cabaran  orang lain tak mampu di pikul oleh kita.

Jadi cara untuk overcome situasi yang mencabar adalah dengan rapat-rapatkan diri dengan Allah, dan pilih dengan siapa kita berkawan, buku apa kita baca, dan rancang tindakan kita.

Mangsa hanya menunggu dan hidup mengikut arus, dan akhirnya menyesal di hari tua.

motivasi diri
Kuasai Hidup Anda!

 

Tapi jika anda memilih untuk kuasai situasi, insya-Allah, bukan setakat anda dan keluarga anda dapat manfaat, tapi juga anda boleh bantu ubah hidup lebih ramai manusia.

Ujian Hebat Untuk Insan Hebat

Oh, semalam saya terbaca komen negatif pasal Dr Azizan Osman.

Saya menangis di dalam hati.

Saya terbayang, suatu masa nanti, bila suami saya mula berkembang dan dikenali seperti Dr Azizan Osman, dan diuji seperti Dr Azizan, mampukah saya mengawal perasaan sedih, marah dan geram.

Benda orang kutuk ni biasa. Nabi yang paling mulia ahli syurga pun di hina dan di kutuk oleh ahli keluarga sendiri dan masyarakat setempat.

Kita ni, apatah lagi.

Sentiasa lah kita muhasabah diri sebelum memburukkan orang lain, kerana di akhirat nanti, takut makanan yang kita dapat adalah daging saudara itu sendiri, bukan roti bukan lasagna bukan creme brule yang lemak manis.

Mari kuasai minda kita!

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

4 Comments

  1. Maaf, nabi dihina dikutuk disebab fitnah. Tapi menipu sijil pelajaran, yg mengutuk azizan osman tu bg menyedarkan orang ramai. Sebagai contoh akak ambil pekerja yang ade ijazah, lepas tu kantoi die upsr je, apa perasaan akak? Gaji berdasarkan tahap pelajaran. Kes ni sama menggunakan doktorat palsu bagi menambah keyakinan orang ramai. Pandangan saya sahaja.

    1. Saya sekarang adalah boss kepada sebuah syarikat. Ya saya ada pekerja.

      Tetapi saya langsung tak pernah minta kelayakan akademik.

      Sebab apa? Saya observe ramai orang cgpa universiti tinggi pun, kerja tak pandai buat.

      Semua harap kena suap.

      Orang taraf SPM pun kebanyakan lebih panjang akal pandai fikir.

      Saya tak hairan pada kelayakan pHD sekalipun.

      Kalau tak pandai buat kerja, tidak berbaloi saya nak ambil kerja dan nak bagi gaji.

      Sorry.

      Jadi kalau Tuan ini nak kutuk isu Azizan Osman itu, silakan.

      Itu hak Tuan.

      So what pada saya?

      Dia tak suruh Tuan bayar apa pun pada dia. Cukai pun tak minta dari Tuan.

      Dan dia sedikit pun tak bayar bil air, bil elektrik, bil telefon Tuan.

      So what?

      Tuan nak kutuk dia, tidak suka dia. Fine.

      Itu hak Tuan.

      Sila lah.

      Hak saya juga untuk tidak kutuk dia dan ambil pelajaran dari apa yang berlaku.

      Sebab asbab dia, kami daripada kais pagi makan pagi, Alhamdulillah hari ini berjaya bina syarikat yang mempunyai beberapa klien besar dan menggaji beberapa pekerja hebat yang kami langsung tak minta kelayakan akademik.

      Ada pekerja kami belum habis belajar pun, sijil pun belum tentu dia dapat.

      Janji, kerja mesti tip top.

      Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *