Motivasi Buat Ibu Menyusu – Don’t Give Up!

Kalau nak susu banyak, kita perlu berusaha keluarkan susu.

Lagi kerap kita berusaha, semakin tinggi kemungkinan untuk kita berjaya. Konsep yang sama kita gunakan dalam hidup seharian; nak berjaya, kena berusaha.

Jadi kenapa tak gunakan konsep yang sama dalam hal penyusuan?

Nak berjaya, kena banyak berusaha keluarkan susu, dan ia bermakna kena banyak kali pam dan perah susu. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, betul?

Puan Farah Gigih Pam Susu Walau Kerja Tidak Tentu Masa

Ikuti kisah gigih Puan Farah yang kerja tak tentu masa, susu sedang merudum, tapi tak putus asa untuk kumpul stok susu

motivasi ibu menyusu

Mula-mula pam, memang menguji emosi.

Kadang-kadang, keluar angin je, tapi jangan mengalah.

Teruskan pam konsisten dan kerap, tak sampai seminggu nampak lah titis susu yang putih tu, dan kemudian akan mula terpancutlah susu mencurah-curah.

Pengorbanan Anda Pasti Berbaloi

Cuba tengok gambar di bawah ni.

Masa orang lidi ni nak panjat bukit, tak lah nampak sangat kat mana puncak bukit. Tapi dia teruskan jugak usaha. Siapa pernah daki bukit atau gunung mesti faham perasaan, “Ya Allah, letihnya! Rasa nak patah balik jer!”.

Walhal masa tu dah lebih dari separuh jalan. Sikit je lagi nak sampai puncak. Jadi jangan cepat putus asa ibu-ibu sekalian. Kalau putus asa, kita jugak yang rugi. Kalau teruskan, pasti kita akan dapat rasa manisnya kejayaan.

 

Dont-Give-Up
Saya faham, kadang-kadang memang ada ibu nak sangat susukan anak, tapi jumpa macam-macam jenis cabaran.

Usah bersedih, anda tidak keseorangan. Dan saya tak label ibu yang beri susu formula tu teruk. Tidak sama sekali. Ia adalah pilihan masing-masing.

Mari saya kongsikan pula kisah Puan Hidayah yang diuji dengan bayi pra-matang, namun masih kuatkan hati untuk menyusukan bayi nya, jom ambil semangat beliau

Saya pasti setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Cuma jika anda mahu susukan anak dengan susu ibu, susah itu adalah sinonim. Cuma ia tidak akan berpanjangan.

Jalan seterusnya pasti akan licin dan lancar.

Kawan Baik Ibu Menyusu

Untuk bantu ibu menyusu agar sentiasa cergas bertenaga dan susu sentiasa melimpah ruah, saya sangat sarankan ibu-ibu untuk cuba Set Penyusuan Shaklee.

Set ini telah membantu ribuan ibu menyusu untuk teruskan perjalanan indah 2 tahun penyusuan.

Klik di Set Penyusuan Shaklee untuk ketahui lebih lanjut tentang kawan baik ibu menyusu ini dan cara dapatkan ia.

set penyusuan shaklee

Set yang telah membantu banyakkan susu ribuan ibu

Semoga penulisan ini bermanfaat untuk anda 🙂

Happy Breastfeeding!

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

3 Comments

  1. Dash Aris 3 June 2013
  2. puanbee 19 September 2013
  3. ema 23 September 2013

Leave a Reply to Dash Aris Cancel reply

CommentLuv badge

Shares