Muhasabah

Motivasi Dari Sepetang Di Pejabat Saiful Nang

Lepas pulang dari Sg Besar, saya pening kepala sikit, dan minta tolong suami untuk bawa anak-anak berjalan di luar sementara saya rehat kat rumah.

Kengkadang kita pun perlukan masa bersendirian 😉

Pejabat Saiful Nang di Bangi

Hubby bawa anak-anak tinjau lokasi kelas dan ke beberapa tempat, dan sempat grab final stock beg ini!

beg dari saiful nang

Sebenarnya dah lama jugak saya tengok kawan-kawan saya tunjuk beg ni di Facebook, tapi saya macam tak heran sangat, sebab masa tu persepsi saya, alah mesti produk local ni cikai, mesti nipis, bla bla.

Tapi bila hubby bawa balik, wahh!!

Beg ini materialnya tebal, dia besar boleh isi macam-macam, ada zip dan menarik sebab tali tu boleh buat macam-macam gaya!

Hubby turut dapatkan t-shirt support MAS.

tshirt saiful nang

Yang menariknya, T-Shirt ini di simpan di dalam kotak, macam kotak pizza.

Sangat berbeza dari kedai biasa.

kotak tshirt saiful nang

Ini dinamakan, branding. Branding membuatkan kita lain dari yang lain.

Cara packaging boleh meng-up kan nilai produk kita.

Insya-Allah blog ini pun akan lebih mengetengahkan brand Diary of Muhammad berbanding Shaklee 😉

Perniagaan Untuk Biayai Rumah Anak Yatim

Sebagai orang yang tak berapa kenal siapakah Saiful Nang ini, saya suka nak berkongsi sedikit sebanyak dengan pembaca blog, agar kita semua mendapat inspirasi.

Saiful Nang ni merupakan salah seorang ahli perniagaan yang menjaga rumah anak yatim Rumah Warga Pengasih dekat Kajang.

Menariknya, rumah anak yatim ni tak pernah meminta sumbangan, dan kalau orang nak bagi sumbangan, mereka insist orang tersebut berjumpa dan catat nama dalam buku rekod.

Untuk memastikan rumah anak yatim ni tip-top, barisan ‘penjaga’ menjalankan beberapa perniagaan yang premium termasuklah t-shirt design, photography dan menyewakan bilik training, itu yang suami saya sewa tu.

Nampak macam biasa kan? Design T-shirt.

Tapi tengok packaging dia, memang bukan calang-calang.

Tengok kualiti beg dia, bukan calang-calang.

Diorang jugak bagi peluang pekerjaan kepada golongan pekak dan bisu untuk buat kerja designing.

Kitorang memang sedang cari pihak untuk design merchandise Diary of Muhammad dan Firdaus Azizi, Alhamdulillah Allah temukan dengan mereka dengan cara yang sangat menarik.

Oh, kalau nak tahu, satu bangunan 4 tingkat kat Bangi tu, yang belakang Mee Tarik Warisan Asli, 4 tingkat diorang ambil semua.

Inspirasi Untuk Berbakti

Hubby cerita, bila masuk pejabat diorang, tak sangka itu semua adalah dari kumpulan anak yatim untuk anak yatim., sangat eksklusif!

Bila hubby cerita gitu, teringin rasa nak buat rumah anak yatim, dan eksklusif kan.

Beberapa hari lepas pun hubby ada cerita, yang Jerry ada rumah anak yatim, tapi bukan calang-calang.

Cikgu ada 22 orang, anak yatim ada 38 orang.

Bahasa utama kat rumah tu wajib bahasa arab, second language adalah english, dan dilarang sama sekali untuk berbahasa melayu.

Dan of course, dengan rules yang eksklusif macam tu, pandai agak sendiri lah silibus dan cara penjagaan rumah anak yatim situ macam mana.

Mari kita jadikan anak yatim sebagai ladang pahala.

Biarlah orang tak tahu kita ada bangunkan rumah anak yatim, tapi kita buat kerja untuk bantu mereka yang hilang kasih sayang ibu bapa ni, untuk menjadi manusia yang suatu hari nanti menjadi insan yang sangat berjaya dalam bidang dunia dan akhirat.

Pencen kubur kita 😀

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *