Muhasabah

Ada Yang Lebih Susah Dari Kita

Seringkali dalam hidup ini kita ingat hidup kita yang paling susah, tapi sebenarnya ramai lagi yang susah.

Dalam bisnes, kita selalu ingat cabaran kita paling mencabar, tanpa kita sedar ada orang melalui cabaran yang lebih teruk.

Contoh cabaran situasi mereka yang telah berjaya

Bekerja sepenuh masa dan menjaga 3 anak tanpa pembantu rumah, tanpa keluarga di sisi dan tanpa suami selama 2 minggu atau lebih (kerja di pelantar minyak).

Sambil buat bisnes, sambil bekerja sepenuh masa pergi kerja lepas subuh balik selepas isyak.

Sambil buat bisnes, takde kereta atau kenderaan sendiri untuk bertemu customers yang nak COD.

Tapi mereka-mereka ini berjaya menjadi jutawan!

Semua di atas hanya segelintir.

motivasi khadeejah hasmad diary of muhammad

Jika anda rasa anda susah, sebenarnya ada orang yang lebih susah dari anda, cuma dia tak cakap je.

Mengadu kepada Allah

Fitrah orang yang memiliki hati yang kental – yang susah hanya di adu kan kepada Allah.

Sebab manusia bukan boleh tolong selesaikan masalah sangat.

Lagipun bila kita cerita kepada manusia, lebih banyak perkara negatif yang sama, akan datang kepada kita.

Bila kita cerita kepada Allah, walaupun Allah dah tahu dah, ia tetap menenangkan hati, dan Allah pasti akan beri penyelesaian dari arah tak tersangka – sangka.

Allah akan memberi lebih banyak perkara positif.

Tinggal kita nak percaya, atau tidak kepada Dia.

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp : 019 409 3457

Shaklee ID: 858755

 

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *