Muhammad Belajar Addition with Carrying

Alhamdulillah Muhammad dah semakin mahir buat operasi tambah 2 digit.

Kami kenalkan pula dengan ‘Addition with Carrying’

Mula-mula saya agak buntu macam mana nak tunjuk bila kita kena naikkan angka puluh ke depan.

Alhamdulillah Allah izin bertemu dengan panduan ajar Addition with Carrying yang jelas, jadi sambil tunjuk Muhammad, sambil buat.

Saya Google. Tak pasti website mana asal gambar ini sebab ramai dah share

Alhamdulillah Muhammad boleh buat dan lebih lancar bila buat sendiri tanpa kami duduk tepi.

Lebih menarik sebab dalam Website education.com, bila kita subscribe sebagai Premium, kami dapat access ke Worksheet dan Workbook yang lebih menarik.

Untuk aktiviti tambah 2 digit ini ada worksheet yang kira kelajuan kereta, kira berapa jumlah duit dalam piggy bank dan selesai kan tambah untuk figure out nama superhero.

Kejap je. Lepas habis 2-3 kertas, kami bagi main game.

Best lah untuk Muhammad sebab nampak ‘ada meaning’, bukan setakat buat latihan.

Paling simple pun adalah worksheet yang ada latihan tapi di hiasi dengan gambar kartun.

Next, nak ajar cara kira duit dan nampak macam worksheet multiplication macam mudah.

Alhamdulillah Allah mudahkan.

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares