Muhammad Belajar Dunia, Beza Masa, Jarak, etc

Pagi ini alang-alang bersiap untuk jalan jauh, Muhammad belajar tentang tempat yang kami bakal sampai, Norway.

Alang-alang bersembang, Muhammad ambil ‘globe’, dan cari negara Malaysia. Kemudian cari negara kecil bernama Norway.

Muhammad cakap “Wah jauhnya.”

Tengok jarak antara Malaysia dan Norway

Haa sebab itu kena naik banyak kapal terbangĀ šŸ˜…

Muhammad juga belajar tentang beza masa antara dunia.

Caranya, malapkan ruang terlebih dahulu. Kalau boleh gelap lebih bagus.

Kemudian, kami buka lampu suluh dari telefon bimbit dan suluh kan kepada ‘globe’.

Siapa siang dan siapa malam

 

Kalau kita di Malaysia sedang siang, Norway sedang malam. Kalau siang di Malaysia panjang, siang di Norway pendek saja pada bulan ini.

Sebab apa siang di Norway lebih pendek pada Januari?

Perhatikan elok-elok pada ‘globe’ dan paksi pusing bumi.

Siang di Norway lebih pendek pada Januari, sebab ukur lilit di bahagian utara bumi itu lebih kecil berbanding ukur lilit kita, Malaysia yang terletak di garisan tengah bumi (khatulistiwa).

Norway di lilitan atas bumi

Banyak lagi lah yang Muhammad nak belajar tapi kita berhenti sebentar untuk beri laluan kepada aktiviti makan dan ‘packing’

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares