Muhammad

Muhammad Faham Aurat


*Muhammad tunggu Abi balik sejid

Subhanallah. Subhanallah. Alhamdulillah..
Terkejut dan terharu sangat tadi.

Tengah baca buku, tiba-tiba, baby Muhammad pergi bilik sebelah. Datang balik ambil tudung. Oh saya ingatkan sebab dia nk cuba pakai tudung. Ye lah, asyik mak dia je pakai tudung kan. Bila saya cuba pakaikan dia tudung, dia marah-marah.

Ek, habis tu buat apa kasi tudung? Sampai nangis-nangis lah.
Saya pun pakai lah tudung tu. Baru senyap. Eh?

Tetibe dia bawa ke depan suruh buka pintu. Ya Subhanallah! Rupanya dia nak ajak mak nye keluar rumah! :’) Baby Muhammad dah faham rupanya, kalau saya keluar rumah, wajib pakai tudung.

Ya Allah… Segala puji HANYA untuk Mu :’) Sebab Engkau yang fahamkan baby Muhammad… Terharu sangat..
Saya tak pernah cerita kat Muhammad pasal aurat. Tapi ada sekali tu, dia bad mood. Nangis-nangis. So saya nak bawa dia keluar sebab selalunya bila main luar dia happy, dapat jumpe kawan2 jiran2.

Sy pun nak kena lah pakai long sleeve & tudung. Memula dokong Muhammad, tp bila nak dress up, letak lah kejap. Bila letak Muhammad, dia pun nangis lah jerit lah. Kata pun tgh bad mood kan, mana boleh letak. Haha. Tapi biar je. Kejap je. Lepas tu dokong balik, bawa main kat luar. Mungkin dia faham dari situ, whatever happen, kalau nak kluar, mak dia kena pakai tudung, wpun dia tengah bad mood πŸ˜›

Terima kasih ya Allah.. Sejuk rasa hati, terima kasih sayang ku Muhammad :’)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *