| |

Muhammad, Wudhu & Solat

Sungguh lah seronok di hati. Sebab semalam sebelum solat, Muhammad nak melekat ke mana- mana. Bukan lah sebelum ni Muhammad tak melekat, tapi saya bersyukur kepada Allah sebab semalam Allah ilhamkan saye, untuk ambil peluang ni, untuk guide dia baca doa sebelum masuk tandas, ambil wudhu’, dan solat 😀

Ini lah Muhammad kami =)

Memula sekali, baca doa sebelum masuk tandas. Untuk step ni, sebelum baca doa masuk tandas, Mak dah tolong ajar kan (hehe :P) Muhammad untuk angkat tangan untuk berdoa sebelum makan, dan lepas habis doa, sapu tangan kat muka. Jadi sebelum masuk tandas, saye pun tolong dia angkat tangan, recite doa masuk tandas kuat- kuat kasi dia dengar, pastu Aamin 😀 Suka tengok dia sunyum 😀

Belajar doa dari buku Mari Berdoa

Ok, pastu nak masuk tandas, guna kaki kiri. Awal2 memang saye yang gerakkan kaki kiri tu. Explain lah napa kaki kiri

Pastu, ambil wudhu’. Baby Muhammad sangat suuuuka part ambil wudhu’, sebab selalu observe Abi dia ambil wudhu’. Paling feveret part basuh kaki, sampai basah la seluar 😛 Ajar lah part- part wajib. Saye perasan, baby Muhammad makin suka nak ikut lepas tengok VCD Bijak SOlat. Uhuhuhu. Walaupun bg sy, VCD tu macam 80% skema, tapi entah kenapa baby ni suka sangat tengok 😛

Inilah rupe VCD nye
Ralit tengok bebudak nasyid dalam VCD

Dalam VCD tu ada tunjuk skali cara ambil wudhu’. Bebudak lah ambil wudhu’.

Lepas ambil wudhu’,. ajak dia solat. Baby Muhammad pulak memang suka pakai kopiah. Tapi jenis yg keras sahaja. Kalau yg lembut, dia campak terus. Masa main pun pakai kopiah 😀

Sukaaa kopiah!

Masa solat ni, lepas bentang sejadah, dia pun berdiri lah depan kita. Masa angkat takbir tu, dia pun main depan kita. Haha. Tarik- tarik telekung, baring- baring atas sejadah. Kengkadang, sujud- sujud comel. Tak kisah lah anakku sayang, apa sahaja, lepas ni kite solat same- same ye 😀

Saye percaya kepada, kepimpinan melalui tauladan. Chewah 😛 Apa yang mak bapak buat, itu yang anak nak ikut. Kalau anak nak ikut kita ambil wudhu’, atau solat atau masuk tandas, jangan cepat marah kepada anak. Pasti ada sesuatu yang dia boleh belajar dari tindakan kita. Kan best sejuk hati kalau baby dapat solat seawal usia 😀 Dan moga kekal hingga besar – bab ni rasanya lepas ni kena explain, kita ambil wudhu’, sebab apa. Solat, sebab apa. Supaya terpahat dalam hati dia, solat tak boleh tinggal dan dia faham, kenapa ia nya wajib.

Teringat masa kecik, Mak ajar saya solat, Apak lak ajar solat awal waktu. Kalau solat lambat, Allah tak suka, masuk neraka. Walaupun dah besar, cam rasa bersalah je kalau solat lewat- lewat. Dari sini saye belajar, apa yang kita beritahu anak masa dia baby, benda yg kita ajar tu, akan melekat sampai bila- bila.

Jom ibu- ibu, lepas ni kita ajak anak solat lagi 😀 Dapat bonus ajar doa dan adab masuk tandas, doa dan cara ambil wudhu’, dan solaatt!! =)

*****************************************************
Berminat nak dapat kan buku &VCD yang saya cerita kat atas? Jemput ke Page Islamic Books for Kids, klik sini =) atau

PM FB Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp/Call 0194093457
 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *