multivitamin untuk kanak-kanak sihat dan cerdas
anakku sayang | Vitamin Kanak-Kanak

Multivitamin Untuk Kanak-Kanak Sihat & Pintar

Anak saya Muhammad dah berusia 5 tahun pada tahun ini, eh, hujung tahun ni baru masuk 5 tahun.

Jadi sebagai ibu yang perihatin, mestilah saya nak bagi multivitamin yang terbaik supaya tumbesaran Muhammad sihat dan dia senang tangkap apa di ajar.

Nak Anak Cepat Sihat

Erk, sebenarnya bukan sebab itu sangat lah saya bagi vitamin kat anak saya T_T

Sebab semua kanak-kanak pun pandai, tak kira makan vitamin ke tidak. Dulu saya pun takde makan vitamin, Alhamdulillah dalam kelas sokmo je top.

Tapi sebenarnya saya bagi multivitamin kanak-kanak kat Muhammad supaya dia sihat dan kekal sihat.

Bila sihat, dia aktif dan sel-sel otak pun terhubung dengan baik.

Saya ada pilihan terbaik dari Shaklee iaitu Meal Shakes, Chewable Vitamin C, Omega Guard dan Vitalea for Children.

Anak orang lain semua suka Meal Shakes, dan Chewable Vitamin C tu diorang buat macam gula-gula.

Muhammad pulak, Meal Shakes tu so-so, kadang suka, kadang tolak.

Chewable Vitamin C tu langsung dia tak suka. Bagi saya rasa dia ok je, masam oren yang tak berapa masam.

Beberapa hari yang lepas, Muhammad di serang Gegata secara tiba-tiba.

multivitamin kanak-kanak
Gegata. Kesian anakku.

Hmm, Nutriferon sedang out of stock, Chewable Vitamin C Muhammad tak suka, Meal Shakes susah nak bagi.

Terpaksa kami paksa dia makan Omega Guard.

Of which mula-mula ajar telan, payah jugak, tapi akhirnya alhamdulillah pandai dah telan sendiri.

Omega Guard ni bantu rawat radang gegata dari dalam badan, kira cantas kat akar dia.

Tapi kalau anda tak berani nak kasi anak telan, Omega Guard ni kita boleh potong pakai pisau dan masukkan dalam susu atau makanan anak, ofkos dia akan rasa pelik.

Tak lama lepas tu, tiba-tiba dapat berita Vitalea for Kids keluar.

multivitamin untuk kanak-kanak sihat dan cerdas
Comey kan 😀 Eh, toys sebelah tu hanya hiasan tau.

Hubby cakap, meh la try sebotol.

Tak sangka, first day sahaja Muhammad dah buat Vitalea tu macam gula-gula!

Habis satu, mintak satu lagi, sampai terpaksa berdrama nak kasi stop!

Tapi takde apa pun kalau terlebih dose, cuma najis dia macam cirit sikit dan warna lebih gelap.

Alhamdulillah, Gegata Muhammad dah pun baik.

Oh lupa nak cakap, kitorang turut sapu herbal blend, sapu kunyit dan roll tepung beras yang bancuh sikit dengan air.

Antara kegunaan lain Omega Guard & Vitalea for Kids

Antara lain kegunaan yang saya dah biasa guna untuk Omega Guard termasuk lah:

  • Kalau saya selsema atau suami selsema, Alhamdulillah Omega Guard bantu untuk kurangkan masalah hidung tersumbat, di kombinasikan bersama Vitamin C dan Garlic
  • Bila Muhammad atau Maryam selsema dan demam, ya, Omega Guard menjadi pilihan utama untuk ikhtiar sembuh tanpa ubat. Alhamdulillah sentiasa berkesan.
  • Omega Guard sangat membantu semasa Muhammad naik eczema suatu ketika dahulu
  • Dan ofkos Omega Guard bantu sel-sel otak anak berhubung dengan lebih baik

Vitalea for Kids pulak adalah sejenis multivitamin yang mngandungi 18 jenis vitamin yang penting untuk pastikan nutrisi harian anak cukup, dan pastikan anak kita cergas dan cerdas sepanjang hari.

Sehari ambil 2 biji je pun cukup

Ibu Bapa Sayang Anak

Kalau anda berminat nak dapatkan vitamin untuk kanak-kanak macam Muhammad punya, iaitu Omega & Vitalea for Kids, harga kedua ini RM 257

Kalau anda sayang anak anda, dapatkan multivitamin kanak-kanak ini hari ini juga 😀

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *