Muqaddam yang comel, untuk Si Comel yang suka kartun

Tercari – cari bahan mengaji yang menarik untuk anak anda? Mengaji tak seharusnya menjadi bosan, bahkan ia patut menjadi sesi yang sentiasa dinanti- nanti 😀 Kali ni saya suka nak berkongsi tentang Muqaddam Bergambar.

Tapi Muqaddam Bergambar ni tiada pelajaran alif ba ta. Ia sama sekali tidak menggantikan peranan iqra’ atau al-furqan atau seumpamanya. Muqaddam Bergambar ni mengandungi 30 surah juzuk amma. Dari surah An- Naba’ hingga surah An- Nas. Dan ada juga surah Al-Fatihah. Muqaddam ni penuh warna, gambar kartun pun comel-comel.


Habis tu, apa significant buat Muqaddam kalau tak da alif ba ta?

Budak- budak suka kartun, dan suka pada warna- warni yang ceria ^_^ Muqaddam Bergambar mengambil kira faktor ini, semata- mata untuk menarik minat anak- anak agar suka dengan Al- Quran 😀

Salah satu cara menggunakan Muqaddam Bergambar tanpa stress di pihak anak atau ibu bapa, boleh klik link ini ^_^

Dan bila anak suka, cuba jadikan Muqaddam Bergambar ni sebagai motivasi anak belajar iqra’. Kira macam reward lah. “Kalau Amin dapat habiskan Iqra’ 1 bulan ni, Ummi akan ajar dan bacakan surah Al -Ikhlas dalam Muqaddam ni.” Insya-Allah anak pasti teruja nak habiskan iqra’. Mesti hari2 dok usha surah Al -Ikhlas yang penuh warna^_^


Jadikan aktiviti mengaji suatu aktiviti yang menyeronokkan agar anak suka dan cinta pada kalam Allah sejak kecil.

P/S: Setiap belian Muqaddam Bergambar akan disertakan dengan PERCUMA Audio CD Bacaan Juz Amma – boleh pasang dalam kereta sambil on the way hantar anak ke rumah pengasuh atau taska atau tadika :))

Berminat untuk dapatkan satu? Untuk order, boleh

SMS/WhatsApp/Call 0194093457
PM FB Khadeejah Hasmad 
Email [email protected]

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares