Cabaran 30 hari | Tips Suami Isteri

My Parents | Hari #4 – Cabaran 30-hari Entry

Mak apak saya bertemu semasa belajar. Memang betul lah jodoh tu di tangan Allah.

Apak saya orang Sarawak, lahir di Sungai Rajang. Tapi nenek sekarang menetap di Miri. Mak saya pulak memang purely orang Kuala Lumpur.

image
Mak teman Apak masa kerja kat Jepun

Ha, macam mana boleh jumpa?

Mereka bertemu semasa melanjutkan pelajaran di US. Asalnya mak saya tak nak pun further ke US. Lepas SPM, mak dapat tawaran ke universiti idaman mak iaitu UTM Johor.

Oh kalau ada yang masih tak tahu, UTM adalah antara top engineering university di Malaysia, atau diberi gelaran Universiti Tendang – Menendang. Sebab kalau tak perform je, mesti kena kick punya.

Terer mak ai dapat offer UTM. Walaupun saya graduan UTP, saya tetap kagum dengan UTM.

Tapi sebab dalam family mak saya, tak pernah ada orang dapat tawaran pergi universiti, mak pulak anak bongsu,  dan tak pernah ada adik beradik mak dapat pergi luar negara, maka nenek saya paksa mak accept offer universiti luar negara.

Wahahaha.

Eh kalau mak tak pergi oversea, tak dapat lah jumpa apak saya, kan? Dan takde lah saya dan adik beradik.

Mak ngan apak kahwin masa belajar. Memang saya salute orang yang kahwin masa belajar.

image
Iklan jap gambar Maryam 😛

Bila kita dah kahwin ni, sedikit sebanyak nak rasa ada anak, walaupun sebelum kahwin konon kata nak fokus kerja. Bila dah ada anak, fuiyoooo… Semputttt

image
Kenduri 3 Beradik Serentak

Bila 2 orang adik saya yang masih belajar menikah, I better not imagine. Huhu. Yang dah kerja tu, saya tak risau sangat. Saya percaya mak pasti turunkan tips berkesan untuk belajar at the same time jaga family.

Kat sini pentingnya networking dan good time management. Alah tapi tengok adik-adik saya tu, kawan-kawan universiti diorang pun ramai kahwin masa belajar, so saya tak lah risau sangat. Biasa kita akan mudah adapt bila ada golongan yang macam kita jugak.

Sorang adik belajar UIA. So kita semua tahu pelajar UIA ramai yang muda lagi dah kahwin siap beranak. Sorang lagi belajar kat Poland. Dia ni senior ramai dah kahwin.

Semua anak akan sentiasa kagum dengan mak bapak masing-masing. Dan begitu juga lah dengan saya. Sampai semasa nak cari suami, saya semacam nak letak syarat suami tu kena macam apak saya. Wahahaha.

Ada part, apak boleh dikatakan ‘syadid’  bahasa orang usrah. Atau tegas. Dan saya memang sangat suka part tu. Dan berharap, kami keluarga kecil ni akan sampai tahap tu.

Dan saya juga kagum dengan mak yang walaupun surirumah, tapi mak sangat aktif dan sangat resourceful. Contoh dalam bab investment. Investment ni ada banyak cabang. Contoh nak invest beli emas.

Rasa-rasanya, banyak-banyak brand emas kat Malaysia ni, brand mana yang paling bagus? Erti kata kalau kita bawa pergi kedai mana-mana pun, kedai emas tu akan terima dan to the extend, kalau bawa pergi overseas pun, kedai emas kat overseas akan terima.

image
Gold Bar Pamp Suisse

Untuk yang baru nak berjinak dalam gold investment, the answer is Pamp Suisse. No, bukan PG or KFH. Alang-alang nak melabur, kena lah pastikan berbaloi, ye tak?

Tapi ai bukan agent emas 😛 Hal emas tu, mak yang ajar kitorang. Tu belum masuk financial planning, etc.

Belum masuk bab memasak. Masakan mak memang sedap. Huhu. Ni masih teringat ayam masak kicap mak yang cepat habis tu. Sedapnyaaa! Saya sampai sekarang kagum macam mana mak boleh masak banyak lauk dalam masa setengah jam je.

Biasa tengahari mak keluar beli barang kejap, balik je terus masuk dapur terus masak. Siap! Saye takat ni nak masak satu lauk pun ambil masa lama. Huhu. Sedang belajar. Kikiki.

Eh dah panjang pulak. Begitu lah sedikit sebanyak tentang mak apak saya. Nak cerita lagi kang, boleh buat buku. Hihi.

image
Lovely Couple

Tapi memang kagum tengok mak apak, romantik walaupun dah bercucu. Kadang tengok macam newly wed couple. Sweet je. Moga saya dan suami pun berkekalan sweet dan romantik macam mak ngan apak. Hehe.

Untuk yang baru baca entry ni, entry ini di tulis untuk memenuhi cabaran 30-hari entry. Catatan yang lain, boleh click:

Hari #1 : Siapa saya
Hari #2 : Makna di sebalik nama blog
Hari #3 : Jalan – jalan Kuching (Percutian Keluarga)

Jom join Cabaran 30-hari Entry ni 🙂  Anda buh je link di comment, saya akan follow 😀

Stay tuned untuk update esok 😀

Saya adalah Pengedar Shaklee Malaysia,

Khadeejah Hasmad
SMS/Whatsapp : 019-409 3457
Email : [email protected]
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *