One More Wish List Accomplished : Rak Stor Bawah Tangga

Alahai nampak sangat, apa? Stor bawah tangga? So basic.

Tapi kalau nak tahu, boleh tahan juga harga nak upah orang buat stor bawah tangga.

Yang kami pilih ni yang ada rak kat luar, bukan takat buh pintu.

Lagipun harga tak beza banyak antara hanya letak pintu berbanding tambah rak. Jadi baik buat rak, kan.

Oleh kerana rumah kami ni rumah sewa, jadi kami pujuk tuan rumah untuk sama-sama kongsi duit buat.

Ye lah lepas ni kami buat rumah sendiri, stor tu bukan boleh bawa sekali.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat Allah lembutkan hati tuan rumah untuk setuju kongsi. Tolak dari sewa rumah.

Asalnya ini lah rupa bawah tangga rumah kami. Nak tutup supaya nampak kemas.

Kos Ikut Ukuran

Stor bawah tangga ni kami buat depan tu ada rak, ada tempat gantung baju dan belakang tu ada ruang isi barang-barang lain. Kos dalam RM 5,700.

Sebenarnya kos ikut ukuran bawah tangga.

Ruang bawah tangga di rumah kami ni agak tinggi tambah macam-macam consideration, so dapat harga tu.

Kami Google tau untuk projek stor bawah tangga.

Jumpa Budi Home Deco dan ada company lain.

Team pasang stor 3 orang. Lama juga nak memasangnya.

Proses Booking

Lepas interview, kami decide untuk proceed dengan Budi Home Deco sebab harga dia all-in. Bukan pecah-pecah.

Price is number 2, yang penting kemas dan organized.

Mula-mula kami WhatsApp dulu tanya lebih kurang harga dan tunjuk gambar bawah tangga.

Kemudian ada staff dari pihak mereka datang rumah untuk discuss lebih lanjut dan buat ukuran.

Dapat quotation masa discussion, sekali dengan kita boleh pilih nak kayu corak apa, jenis apa ikut katalog.

Yang menariknya kita boleh request nak luar stor tu rupa apa. Haa boleh lah Google kemudian tunjuk.

Sebelum bersetuju dengan design kita nak, mereka akan check ukuran dan jenis dinding kita untuk check sama ada sesuai atau tidak buat stor macam tu.

Bayar deposit

Mula-mula bayar RM 200 untuk dapatkan sketching. Discuss lah apa patut lepas dapat sketching.

Kemudian tambah bayar deposit 50% untuk mereka buat rak di kilang.

Lagi 50% deposit semasa team datang pasang rak stor di rumah.

Design kami simple

Kami nak yang praktikal je. Kata pun rumah sewa je.

Takde lah kaca bagai.

Asalkan ada tempat boleh gantung baju winter, simpan beg-beg bagasi, simpan stroller, cukup dah.

Letak lampu kalimantang kat dalam stor. Tepi sekali ada pintu untuk buka stor.

Nanti rumah sendiri baru betul-betul cari design yang lebih menawan, insya-Allah.

Barang kami tak banyak.

Saya secara peribadi pun memang tak suka stor bersepah walaupun namanya stor. Kalau boleh apa yang kita guna saja yang kita simpan.

Yang 2-3 tahun tak digunakan tu, baik lah bagi derma kepada organisasi yang lebih memerlukan daripada kumpul habuk je dalam stor. Lebih baik beri manfaat dari kumpul serangga, kan.

Ruang dalam stor. Agak luas juga bagi kami.

Budi Home Deco ni buat rangka rak di kilang mereka. Ambil masa 2-3 minggu lepas bayar deposit separuh harga.

Kemudian team mereka datang rumah untuk pasang, ini ambil masa satu hari saja. Tak lah sampai 2-3 hari.

Team mereka sampai dalam jam 1 tengahari, habis kerja dalam jam 10 malam.

Alhamdulillah kemas dan cantik. Puas hati.

Alhamdulillah dah ada stor pun rumah ni. Memang tumpang rezeki baby betul lah.

Semuanya Allah permudahkan satu persatu. Allah yang bagi. Allah yang izinkan. Bukan atas kehendak mana-mana manusia.

Alhamdulillah.

Untuk buat stor bawah tangga, saya recommend contact

Budi Home Deco

018 – 977 5153

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares