Nikmat itu adalah..

Biasa kalau sebut nikmat je, orang mesti terbayang duit yang banyak, kereta mewah, rumah besar. Tapi sebenarnya nikmat tu sangat luas maksudnya. Sejak di uji dengan macam- macam, memang saya terasa sangat nikmat ni bukan takat duit berkepuk -kepuk

Last time sakit kepala sangat, pening. Apa pun tak boleh buat, even nak makan pun tak selera sangat. Sebab pening sungguh. Nak tidur pun tak boleh. Bayangkan pening yang sampai nak tidur pun tak dapat.. Allahu akbar…. Masa ni baru lah rasa, ability untuk tidur itu sebuah nikmat sebenarnya. Haha. Ability untuk makan pun nikmat. Apa guna duit ada, makanan sedap- sedap depan mata, tapi tak boleh nak makan?

Nikmat yang nikmat lagi adalah, keluarga yang happy. Sungguh sungguh saya gembira dengan keluarga besar saya. Bila jumpa mak apak, adik- beradik, seronok sangat. Rasa recharge positive charge. Dengar dorang berceloteh je pun dah seronok.

Bila tengok banyak lagi keluarga yang pecah belah, keluarga yang ibu bapanya bagai telur di hujung tanduk, pantang jumpa mesti nak gaduh, mesti saling laser mulut nak sakitkan hati sesama sendiri. Tapi bila tengok balik keluarga sendiri, Subhanallah.. syukur sangat Allah kurniakan saya keluarga yang betul betul sakinah mawaddah wa rahmah. Alhamdulillah..

Nikmat terindah juga dikurniakan keluarga kecil yang sangat sempurna. Sempurna di mata saya tak ber erti sempurna di mata orang lain. Janji saya yang rasa bahagia 🙂 Bila tengok kat group facebook ramai mengeluh tentang suami masing- masing.

Tapi saya, subhanallah… Saya rasa macam dapat suami idaman, eh, nak kata macam dreamland pun ada. Suami saya sangat penyayang, supportive dalam apa jua yang saya nak buat -Nak quit kerja? Suami sokong. Biz Islamic Books for Kids? Suami sokong. Shaklee? Suami sokong. Homebirth?? Suami sokong :’) Baaaanyak lagi. Suami sangat understanding, caring, romantic. Bila orang cakap dunia perkahwinan ni banyak dugaan, entah, Alhamdulillah takat hampir 4 tahun kami bersama, saya rasa bahagia sentiasa.

Kalau para isteri lain sibuk duk canang dalam facebook cakap suami kena tolong isteri buat kerja rumah, saya tak perlu cakap apa- apa pada suami. Alhamdulillah di kurniakan suami yang memang sentiasa bantu kerja rumah walaupun saya tak minta. Suami yang do the laundry walaupun saya tak minta. Suami tolong uruskan anak waktu saya dah letih, kadang tak da letih mana, tapi suami tetap bantu. Suami tolong masakkan hidangan walaupun saya tak minta, sampai saya pulak segan dengan suami, eh aku ni bini jenis apa ni. Hahahaha

Oh macam -macam lagi nikmat dalam dunia ini yang tak dapat di tukar ganti dengan wang. Money is important, yes. But money cant buy everything.

Tapi paling indah adalah nikmat iman dan islam. Ni bukan ayat skema ye. Bila kita rasa betul- betul di jalan buntu, dalam kemelut masalah yang rasa takda jalan penyelesaian, masa ni lah rasa, Ya Allah, terima kasih kerna anugerahkan ku nikmat Iman dan Islam. Nikmat mengenal zat Allah, nikmat kenal Allah, nikmat bergantung harap sepenuhnya kepada Allah.

Lets count our blessings. Berhenti merungut. Lets thanks Allah, for every nikmat we have. Bila kita bersyukur, Insya-Allah pasti Allah akan tambah lagi nikmat kepada kita. [Ibrahim: ayat 7] Terima kasih untuk segalanya Ya Allah

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares