Family

Open House Rumah Mak

Weekend lepas sangat sibuk dan padat.

Minta maaf dulu..

Oh pertama sekali saya nak menyusun 10 jari mohon ampun jika ada Whatsapp atau SMS yang saya lambat reply. Atau panggilan telefon yang saya tak angkat.

Ia berlaku berikutan tiba-tiba handphone saya semacam sakit. Biasanya setiap hari saya pasti akan dapat beberapa pertanyaan belian produk Shaklee, tapi pada hari berkenaan, handphone saya sunyi sepi.

Dah malam, baru hp baik semula.

Saya harap tiada pihak yang berkecil hati ya 😉

Kita sambung cerita.

Makan-makan keluarga

Alhamdulillah pada hari Sabtu lepas, keluarga saya mengadakan makan-makan sesama keluarga, atau mungkin boleh takrif open house keluarga.

Tapi kali ini mak apak saya jemput kenalan dari belah adik ipar saya yang berbangsa Arab Syria, dan keluarga adik ipar dari Sarawak, kini menetap di Rawang.

Keluarga lagi satu adik ipar pun hadir, yang ni adik ipar dari Sungai Petani, tapi yang datang adalah makcik-makcik nya dari Subang Jaya dan Shah Alam.

Nota: Saya ada 3 adik ipar lelaki ^_^

Meriah sungguh.

Jom layan gambar

Ahmad (adik ipar) dodoi baby Hisham (anak kpd adik yg lain)
Ahmad (adik ipar) dodoi baby Hisham (anak kpd adik yg lain)

Ahmad ni rajin tolong kat dapur tau. Masak, kemas dapur, semua tu lah. Baru – baru ni Timah, adik saya isteri Ahmad ni disahkan gugur anak sulung, pada minggu ke-15.

Moga mereka diberi ketabahan hati dan dikurniakan lebih banyak rezeki melimpah ruah.

Ezra & ayahnya Ihsan
Ezra & ayahnya Ihsan

Ihsan ni warganegara Canada, tapi convert kepada Islam.

Dia datang Malaysia untuk further study, dan dia adalah anak murid kepada adik ipar saya yang Arab Syria, yang duduk kat belakang tu.

Hubby baru balik dari mengajar kelas Blog & SEO
Hubby baru balik dari mengajar kelas Blog & SEO
Kawan apak dari melaka, apak, dan adik ipar
Kawan apak dari melaka, apak, dan adik ipar
Lupa nama :P
Lupa nama 😛
Orang arab besar-besar, dan makan pun banyak.
Orang arab besar-besar, dan makan pun banyak.

Sejak adik saya berkahwin dengan orang arab, banyak saya belajar tentang bangsa arab. Perkara pokoknya adalah, kita tak boleh sama kan mereka dengan orang melayu.

Dari segi kekuatan fizikal, mereka memang sangat kuat. Diorang boleh angkat anak dengan sebelah tangan je tau, walaupun wanita.

Keras kepala dan memang kasar. Sebab tu agaknya perang bergolak di negara mereka. Diorang tak akan serik walaupun pernah terkena. Pernah sekali seorang anak arab ni, anak sedara adik saya terjatuh dalam kolam ikan.

Memang panik sebab kolam tu dalam. Menangis ketakutan budak tu.

Lepas dah dibersihkan, budak tu lari balik nak main semula kat kolam tu, tak sampai setengah jam dari kejadian.

Sikit pun tak trauma!

Tapi kasar dan keras kepala, dari mereka lah tumbuh kekasih kita Nabi Muhammad s.a.w.

Hanya Islam yang sejati mampu melunakkan jiwa bangsa Arab dan bangsa satu dunia

open house raya

Para menantu. Ahmad kat mana tah. Asyraf belum sampai
Para menantu. Ahmad kat mana tah. Asyraf belum sampai

Eh, macam banyak gambar pihak lelaki je. Almaklum pihak perempuan sibuk menghidang 😉

Malam tu family Asyraf dan makcik-makcik Ahmad datang, tapi kamera dah ke mana

Macam mana open house rumah anda? 😉

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *