Ostematrix Shaklee – Kisah Cinta Saya Sewaktu Berpantang

Masa pantang anak kedua, saya berpantang sepenuhnya dengan Set Berpantang Shaklee tanpa makan apa-apa jamu. Dah serik makan jamu masa berpantang anak pertama.

Ada 6-7 jenis supplement yang saya ambil untuk berpantang. Alhamdulillah berpantang untuk anak kedua, saya tak berjumpa mak cik urut, saya menjalani hidup macam biasa sebab Alhamdulillah cepat sihat. Percaya tak, nifas saya pun habis dalam dua minggu lebih je? Alhamdulillah 🙂

Ostematrix Shaklee

Hari ni saya nak kongsikan tentang Ostematrix Shaklee dalam Set Berpantang Shaklee.

Ostematrix Shaklee merupakan supplement Calcium yang turut mengandungi Magnesium dan Vitamin D. Magnesium dan Vitamin D penting untuk bantu tubuh kita serap kalsium.

Kalsium ibarat batu bata untuk bina rumah. Magnesium dan Vitamin D ibarat semen untuk cantumkan batu bata. Kalau tiada simen, rumah tetap tak terbina, kan.

Apa yang menarik tentang Ostematrix Shaklee, saya sangat suka part buat tak lenguh badan. Untuk ibu yang dah pernah bersalin, anda mesti faham kondisi selepas bersalin. Kita akan rasa ya Allah, macam nak tercabut pinggang!

Masa first week sakit pinggang, saya terlupa pulak nak makan Ostematrix Shaklee 😛 Bila dah tak tahan sungguh, barulah capai Ostematrix Shaklee. Makan malam tu, siang dah baik! Alhamdulillah 🙂

Yang sebenarnya kita sakit pinggang lenguh badan selepas bersalin adalah sebab semasa kita mengandung dan terutamanya semasa kita bersalin, semua otot dan struktur tulang kita mula mengembang secara luar biasa.

Bayangkan pada mula kontraksi pertama, otot dan tulang kita bertambah-tambah mengembang, hingga ke saat bayi lahir. Selepas bayi lahir, tubuh kita ambil masa sikit nak restructure, nak mengecut semula tu dia dah jadi cam skru longgar, loose jek. Tu yang sakit tu.

Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee membantu dengan membekalkan semula kalsium yang hilang dari tulang tulang yang bekerja keras tadi. Jadi kita akan cepat fit dan kuat.

Ostematrix juga sangat bagus untuk atasi masalah sembelit. Magnesium di dalam Ostematrix Shaklee membantu menarik air ke dalam usus yang seterusnya bertindak untuk melembutkan najis. Bila najis lembut, maka ia mudah dikeluarkan dari tubuh.

Selain itu, saya sangat suka Ostematrix sebab ia bantu saya untuk tidur lena di malam hari. Maksud lena di sini, ia bukan lah lena sampai tak sedar bayi meminta susu. Tapi ia bermaksud tidur tu berkualiti walaupun pendek, dan bila dapat tidur berkualiti, kita akan rasa lebih segar bila bangun dari tidur walaupun tidur sekadar 3-4 jam sehari.

Macam mana Ostematrix membantu tidur yang lena? Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium yang membantu otak menggunakan sejenis asid amino untuk menghasilkan melatonin, sejenis substance untuk merangsang tidur yang lena.

Jika anda atau pasangan kerap menghadapi masalah bangun pagi rasa lemau, amalkan lah Ostematrix Shaklee selepas makan malam. Insya-Allah anda akan rasa segar keesokan pagi.

Rujukan untuk bacaan lanjut:

  1. Why Use Calcium and Magnesium Supplements As A Sleep Aid?
  2. Magnesium and Constipation 
  3. A Guide To Managing Post Natal Back Pain
  4. Minerals may promote a good night’s sleep
  5. Sembelit Semasa Pantang, Cemana Nak Buat?

Berminat untuk mendapatkan Osteomatrix Shaklee? Tempahan boleh dibuat dengan mudah secara online di sini.

P.s. – Berminat untuk mendapatkan Set Penyusuan Shaklee? Boleh buat tempahan secara online di sini ataupun isi Contact Form dibawah sekiranya anda mempunya sebarang pertanyaan dan memerlukan konsultasi lanjut 🙂

admin-ajax.php

4 Comments

  1. kakiblog 21 September 2013
  2. blogger lelaki 21 September 2013
  3. nizam ijam 22 September 2013
  4. ema 23 September 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares