Our Next 2 Big Items In 2018 Vision Board

Next 2 big items adalah :

  1. Cash buy kereta 7-seaters, dan
  2. Cash buy banglo 9 bilik.

Untuk kereta we planned to cash buy or if not, settlekan loan by this year juga.

Kereta lama dah nak masuk 9 tahun. Dan anak-anak kami pun dah makin nak bertambah jadi 4.

We aren’t really ‘car people’ so pilih mana yang kita rasa ok dan brand yang kami trust.

Kalau BMW ke Mercedes ke maybe worth it kalau kami frequently long distance travel. But who knows maybe one day.

For the time being, this is just enough for us. The price is around RM 93,000

Honda BRV-V, V Type. Dan Leather seat itu penting untuk precaution anak-anak tumpahkan minuman.

Sebab apa nak Cash Buy?

Ada banyak sebab tapi salah satunya adalah saya betul-betul tak berminat untuk bayar installment setiap bulan.

Umpama hidup berhutang. Memang betul hutang rumah adalah hutang yang dikira hutang baik.

Cuma saya sering terfikir of few ‘what ifs’

Jadi untuk mengelakkan perkara-perkara tak diingini berlaku, lebih baik lah settle kan hutang yang penting.

For the time being, regarding rumah, saya memang teringin sangat rumah ada halaman.

Dulu-dulu tak kisah pun.

Tapi bila anak-anak dah bertambah, rasa nak rumah lebih besar dan ada halaman.

Lebih-lebih lagi kami ada anak perempuan dan anak lelaki.

Bagi saya penting untuk pisahkan tempat tidur mereka dan sediakan ruang yang selesa untuk mereka bermain.

Ini penting untuk perkembangan sosial dan jaga aurat anak-anak untuk elak masalah sosial akan datang.

Ya, masalah sosial kena jaga sejak dari dalam rumah lagi. We never know.

Sebab itu Allah suruh orang Islam jadi berharta, salah satunya agar boleh sediakan cukup ruang yang mengelakkan masalah akan datang.

Kalau nak buat rumah proper, kira-kira harga tanah di kawasan yang kami prefer, dalam setengah juta.

Belum masuk kos buat rumah from scratch dan design rumah.

We had so much in our minds.

So for the time being, kami sediakan fasa-fasa ikut bulan, what to be completed first.

Dan kami juga sedang cari rumah sewa berdekatan yang mempunyai laman yang besar sekaligus mempunyai bilik-bilik yang luas.

Sementara kumpul duit buat rumah, kami rancang untuk sewa rumah dahulu.

Features Important for Our Dream House

Antara features yang kami nak di rumah sendiri :

🧣Banglo 9 bilik

1. Master bedroom
2. Bilik Muhammad (Boy’s room)
3. Bilik Maryam (Girls’ room)
4. Bilik Hannah (temporarily play room)
5. Bilik Baby (temporarily kids’ project room & studio room)
6. Studio kerja + Pantry
7. Library + Pantry
8. Stor
9. Bilik tetamu untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak

🧣Dapur besar

1. Ada island
2. Ada 2 stove with kitchen hood
3. Ada tingkap connecting to dining room
4. Ada 2 sink
5. Ada tempat simpan periuk special

🧣Living room

1. Atas tengok TV
2. Bawah menghadap fish & turtle pond

🧣Pond pool for adult & separator for kids

🧣Big lawn with 4 types of garden

1. English garden
2. Japanese garden
3. European garden
4. Saqifah Bani Saadah

🧣Edible garden with essential herbs

1. Pandan
2. Serai
3. Kunyit
4. Daun kesum
5. Pokok limau purut
6. Pokok limau kasturi
7. Tomato
8. Cili
9. Terung

🧣Dining room

1. For twelve person
2. Special for toddlers’ dining area

🧣Toilet

1. In each room
2. Tile jenis cepat kering

🧣Dryer for dishwasher & clothes

Jadi concurrent lah, sambil kumpul duit untuk upgrade kereta, deposit rumah sewa yang belum jumpa yang berkenan, dan juga kumpul duit untuk beli tanah dan perkara-perkara berkaitan bina rumah sendiri.

Alhamdulillah Mak Apak saya memang bina banglo sendiri ikut preference mereka, jadi apa-apa hal kami akan rujuk mereka.

Lagipun feature rumah idaman kami banyak juga ikut banglo Mak ni 🙊

Due Dates for Our Vision Board Items

Ok regarding due date for each items, we haven’t finalised it yet.

🧣Kereta – Maybe by 15th April 2018.
🧣Rumah sewa baru – By July 2018
🧣Rumah sendiri buat – Ini masih fasa blur-blur. Design pun belum ada. Tanah pun belum beli. So Insya-Allah I’ll update along the way.

Oh sama juga macam sebelum ini, we don’t really have the fund yet for any of our listed dreams 😂 So jangan ingat kami tulis dan berimpian ini sebab dah ada duit dalam tangan.

Itu semua kami perlu kerja keras dan usaha sehabis daya. Doa dan juga tawakkal sekali.

P.s : Kalau kawan-kawan yang baca entry ni ada pengalaman bina Banglo sendiri di area Bangi, boleh kongsikan pengalaman? Thanks!

Khadeejah Hasmad

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares