Cabaran 30 hari

Outdoor Activity | Hari #9: Cabaran 30-hari Entry

Fuh Fuh banyak ni hutang entry. Tapi ai tetap akan teruskan. Chaiyok!!

Ok ni entry yang patut dibuat pada hari ke-9. Hik3

Saya bukan lah outdoor person. Kalau nak beli barang dapur pun, aduhai malas sungguh nak keluar. Tapi kena juga paksa diri.

Oleh kerana saya bukan outdoor person, outdoor activity kegemaran saya adalah, spend masa dengan anak – anak main kat luar. Kalau nak tahu, saya adalah work – at – home – mother.

Aktiviti luar rumah adalah sangat refreshing bagi saya. Kot rasa tepu otak sebab banyak sangat kerja, atau tak datang ilham, jadi saya akan ajak anak – anak main kat luar.

Eh memang diorang ni suka main kat luar pun. Dah namanya budak, kan?

Saya buh sikit gambar ea. Gambar terbaru ni masa kat Kulim, melawat kakak ipar yang bersalin anak kedua.

wpid-IMG-20131230-WA0000.jpg
Dua beradik

Basikal ni cambest pulak. Boleh Muhammad carry Maryam. Maryam pun duduk elok je kat belakang tu. Kena cari rupa gini satu.

Excited lepas puas merangkak!
Excited lepas puas merangkak!

Budak-budak suka kalau dapat ruang yang besar, ala-ala boleh ekspresi dirimu gitew. Maryam ni kalau pergi masjid, sakan merangkak. Seronok sangat duk kejar Muhammad yang lari sana – sini.

Ala, bakpe tak lepas nak upload gambar.. Nanti saya buh lagi satu gambar Muhammad’s favorite place
Bahagia tengok anak membesar depan mata, kan 🙂 Tengok anak happy dan ketawa buat hati kita juga rasa bahagia.

Apa outdoor activity kegemaran anda? ^_^<

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *