Ikan Patin Masak Pais merupakan masakan istimewa orang Pahang
Food Review

Menu Pais Patin Tempoyak Yang Luar Biasa Sedap di The Rodongs

“Pais Patin Tempoyak Tu Apa?”

Ikan Patin Masak Pais merupakan masakan istimewa orang Pahang
Pais Patin Tempoyak Yang Sedap (Credit: HazmanFadzil.com)

Haa, saya pasti ada antara anda yang tertanya-tanya apa bendalah Pais Patin Tempoyak.

Biasanya kalau ikan patin, yang popular adalah gulai tempoyak ikan patin. Pais ni jarang benar disebut-sebut.

Jujurnya…

Saya pun pertama kali dengar tentang masakan jenis ‘pais’ ni hari Isnin lepas.

Macam Mana Saya Boleh Berkenalan Dengan ‘Pais’

Hari Isnin lepas saya menghadiri sesi Kelas Advance SEO bersama Pakar SEO WordPress, Food Blogger Melayu Popular, Pakar Unit Trust & Blogger Lelaki Popular.

Alhamdulillah, hari yang sama juga, Bro Hazman Fadzil dapat jemputan untuk food review di sebuah restoran masakan Pahang, The Rodongs yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

Long story cut short, dapatlah saya menumpang sekaki dan merasai pengalaman sebagai seorang food blogger 🙂

[alert-note]Walaupun saya mengajar Kelas Facebook dan Kelas Blog, saya tetap ‘refresh’ ilmu dari supaya saya dapat sampaikan ilmu yang tepat dan terkini kepada pelajar kelas saya.[/alert-note]

Apa Sebenarnya Pais Patin Tempoyak?

Pais sebenarnya adalah sejenis masakan ala-ala ikan bakar.

Masak pais ni macam masak ikan bakar. cuma menggunakan rempah yang berbeza dan ikan patin dilumur tempoyak.
Pais Patin Tempoyak Sedang Dibakar (Credit: HazmanFadzil.com)

Kalau di negeri Terengganu & Kelantan, biasanya mereka menggunakan ikan kembung atau ikan cencaru untuk dibuat pais.

Tapi versi yang kami makan di The Rodongs adalah menggunakan ikan patin yang dilumurkan dengan tempoyak dan dibakar.

Rasanya memang superb!

Sedap sangat sampai gulai tempoyak yang dihidangkan sekali seolah-olah tak wujud.

Bau nya juga sangat-sangat membuka selera.

Tak hairanlah kenapa ianya menjadi menu yang sangat popular di The Rodongs.

Apa Lagi Menu Best Di The Rodongs?

Selain daripada pais patin tempoyak, antara menu lain yang popular di The Rodongs adalah gulai tempoyak ikan patin…

gulai tempoyak ikan patin di the rodongs juga tak kurang sedapnya berbanding pais
Gulai Tempoyak Ikan Patin The Rodongs (Credit: HazmanFadzil.com)

… Dan sambal hitam ikan bilis yang dimasak dengan belimbing.

Selain pais patin tempoyak, sambal hitam ikan bilis yang dimasak dengan belimbing ini juga sedap
Sambal Hitam Ikan Bilis The Rodongs (Credit: Eizil.com)

Kalau yang datang pada hujung minggu, ada lebih banyak menu yang boleh anda cuba selain daripada ikan patin.

Harga Menu Di The Rodongs

Saya pasti anda dah tak sabar nak mencuba menu di The Rodongs. Cuma anda mungkin tertanya-tanya, berapa harga makanan di restoran ini.

Harga menu ikan patin di The Rodongs boleh dikatakan sangat berbaloi dan jauh lebih murah berbanding restoran lain.

  • Harga ikan pating masak tempoyak hanya RM8 seketul
  • Harga pais patin tempoyak hanya RM10 seketul

Oh, lagi satu yang bestnya The Rodongs adalah kerana ikan patin mereka dipotong dua untuk lebih kepuasan.

Kalau anda pergi di kebanyakkan restoran lain, ikan patin mereka dipotong tiga (kepala, bahagian tengah & ekor).

Haa, Berminat Nak Cuba Pais Patin Tempoyak Di The Rodongs?

Kalau anda dan tak sabar nak mencuba pais patin tempoyak di The Rodongs, anda boleh terjah mereka di alamat di bawah.

THE RODONGS ( landmark Restoran Lawang Sari )
No XG2 ,Jalan Plumbum X7/X,Pusat Komersial
40000 Shah Alam, Malaysia
Tel : 012-3596838

Waktu operasi : 11 pagi – 4 petang

Instagram : http://instagram.com/therodongs

Facebook : https://www.facebook.com/TheRodongs

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *