Motivasi

Pelajaran Dari Movie Invictus 

Invictus adalah sebuah movie yang menampilkan Morgan Freeman dan Matt Damon (watak utama movie Bourne) 

Invictus menceritakan tentang usaha Nelson Mandela cuba untuk menyatukan rakyat berkulit putih dengan rakyat berkulit hitam di Afrika Selatan. 

Invictus memfokuskan kepada kapten pasukan rugby negara yang bakal membawa pasukan ke persada World Cup. 

Pasukan rugby Afrika Selatan adalah sangat lemah dan tidak kuat. Mereka layak masuk ke carta perlawanan hanya kerana mereka adalah tuan rumah kepada World Cup pada waktu itu. 
Rakyat Afrika Selatan sendiri tidak menaruh sebarang harapan, lebih-lebih lagi pasukan itu 99% dari kalangan golongan orang berkulit putih. 

Orang kulit hitam dan orang kulit putih tidak sebulu pada waktu itu. 

Nelson Mandela melihat situasi ini sebagai sebuah peluang baik untuk menyatupadukan rakyatnya. 

Skip kepada pelajaran yang saya perolehi. 

Beberapa soalan menarik yang Nelson Mandela utarakan kepada kapten rugby semasa minum petang mereka membuatkan saya juga bertanya yang sama kepada diri saya. 

  1. How do you tell your team that they can do better than they were? 
  2. If I cannot change when circumstances demand, how can I expect others to? 

Untuk kita yang belum ada pasukan atau anak buah, tanya diri kita. 

Macam mana aku nak yakinkan diri aku, yang aku sebenarnya boleh buat lebih baik dari sekarang. 

Tanya diri kita. Kalau aku tidak berubah sedangkan keadaan memaksa aku untuk berubah, macam mana aku expect orang lain untuk berubah sekali? 

Contoh keadaan : Buat bisnes tetapi masih belum menampakkan hasil yang diingini – ini sepatutnya memaksa kita untuk berubah. 

Jika kita tidak berubah dari segi amalan rohani, usaha, dan doa, bagaimana kita expect prospek dan customer berubah hati untuk percaya kepada kita dan seterusnya berurusan dengan kita? 

Penjara bukan penyebab kemurungan 

Nelson Mandela dipenjarakan di dalam sebuah penjara bilik kecil selama 30 tahun. 

Tetapi bila beliau keluar dari penjara, beliau di angkat sebagai pemimpin, dan sangat berperibadi tinggi. 

2 Quote Nelson Mandela

Antara quote yang saya tertarik :

  1. I am the master of my fate
  2. I am the captain of my soul

Hidup beliau di dalam penjara bukan tiket untuk beliau murung dan stress. 

Bahkan penjara merupakan tempat beliau untuk belajar karakter rakan banduan yang lain sebagai persiapan untuk hari pembebasan nanti. 

Beliau menjadi seorang presiden yang kenal apa kegemaran dan kesukaan staff walaupun hanya bodyguard. 

Beliau menjadi seorang presiden yang tegas tetapi pemaaf. 

Bayangkan semasa dimasukkan ke dalam penjara, orang kulit putih lah yang menjadi dalangnya, dan orang kulit putih yang menghalau keluarga beliau dari rumah. 

Tetapi bila keluar dari penjara, beliau maafkan semua itu. 

Kreatif Berfikir

Dan satu lagi yang saya belajar, solusi kepada situasi yang kita nak selesaikan, kadangkala ianya bukan bersifat straightforward. 

Sebagai contoh, Nelson Mandela fokus kepada pasukan rugby negara yang lebih banyak memihak kepada orang kulit putih. 

Sedangkan Nelson Mandela itu orang kulit hitam. 

Tetapi menggunakan medium pasukan rugby itu, rakyat kulit putih boleh bersatu dengan rakyat kulit hitam. 

Sama-sama bersorak untuk pasukan yang sama. Sama-sama berdebar menanti keputusan perlawanan. 

Dan meraikan kejayaan pasukan, juga bersama-sama. 

Dari titik ini, langkah pertama ke arah penyatuan rakyat telah bermula. 

Cubalah cari movie Invictus. Ia berbaloi masa anda. 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Whatsapp : 0194773457 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *