Unschooling

Pembaris Sebagai Alat Belajar Mengira

Semalam masa Maryam ambil dan mula bawak keluar barang dari pencil box Shaklee, Muhammad pun datang nak join sekali.

Oh, rupanya, dia nak ambil pembaris.

Dan rupa-rupanya Muhammad nak mengira kat pembaris tu.

Kan pembaris ada nombor senggat, hingga nombor 15.

Baru lah semalam perasan pembaris ada sampai nombor 15. Haha.

image
Mak ni apa? Merujuk nombor 15 lah tu

Dia kira one two three, dan macam biasa terhenti kat eleven.

Nombor lepas tu, dia tanya saya.

Alhamdulillah dia dah kira sampai ‘five’teen. Hik3.

Fifteen la. Tapi untuk kasi galakan, raikan saja ‘five’teen.

Child-led Learning

Ada ke istilah tu. Haha.

Maksudnya kita follow pace anak kita, tidak memaksa.

Kalau menggalakkan tu, boleh la. Tapi tidak memberi tekanan yang tidak sihat kepada ibu dan anak.

Muhammad mula belajar nombor sebab follow chu-chu TV kat YouTube.

Tapi sekarang dah tak tengok channel tu.

Kitorang pulak memang ada beli buku pasal nombor, versi cute. Beli kat Big Bad Wolf je.

Kebetulan pulak buku tu ada poster nombor. Saya pun tampal lah kat dinding.

Tak sangka pulak Muhammad dok mengira kat poster.

Nombor kat poster adalah sampai 20 (twenty)

Tapi masa mula-mula, Muhammad hanya faham dan suka sebut ‘four’

Nombor lain tak lekat kat kepala.

Saya tak paksa pun untuk hafal atau counting.

Tapi Muhammad yang paksa saya -_-

Masa dia baca poster, saya kena tolong dia.

Untuk permulaan, dia boleh kira sampai 5 (five) sahaja.

Lepas tu sikit-sikit cecah six, seven, eight dan akhirnya berjaya ke ten!

Dan sekarang mahir hingga eleven.

Twelve tu macam tergeliat lidah nak sebutnya.

Alhamdulillah setakat semalam, dah mahir hingga fifteen.

Yang saya happy, dia bukan sekadar pandai sebut, tapi juga, mengira.

Sekali lagi, kami tak memaksa dia mengira. Tapi Muhammad lah memaksa kami.

Letih juga kengkadang tu.

Ada satu lagi buku ni, saya memang suka beli buku, memang ada banyak haiwan comel.

Muhammad suka mengira kat buku tu.

Kalau baca buku masa bedtime stories, dia akan kira berapa biji rumah kat page tu, berapa ekor unta, berapa pokok, etc.

Alhamdulillah.

Galakkan, Usah Paksa

Untuk anak kita mahir sesuatu perkara, dia tak perlukan paksaan.

Tapi dia perlukan suasana yang fun, ceria dan santai.

Macam kita jugak lah kan.

Dulu masa belajar sains pun, kena ada lagu untuk represent satu-satu formula, baru cepat hafal.

Atau benda yang fun.

Maryam pula, sekarang mula di four.

Entah bebudak ni, apa tah signifikan sangat mula dengan four.

Setiap Anak Itu Berbeza

Ada orang, anak dia boleh belajar bila mengadap buku.

So be it.

Ada budak, belajar secara bermain lego.

Ada yang belajar masa kutip batu kat jalan tar depan rumah.

Macam Muhammad, pembaris pun boleh jadi bahan.

Tapi jangan pulak mak-mak yang baca entry ni paksa anak anda baca kat pembaris pulak. Huhu.

Apa yang ada kat rumah kita tu, gunakan aje untuk gilap potensi anak kita.

Kadang tak perlu mainan pun.

Walaupun dah nama mak bapak, pantang tengok buku, mainan, mesti gatal tangan nak beli.

Macam saya lah tu. Hik3.

Jadi kalau anak kita tak suka ngadap buku, jangan risau.

Normal lah, dah namanya budak.

Tapi jangan pandang rendah pada sikap suka bermain seorang kanak-kanak. Sebab melalui bermain lah, mereka dapat belajar macam-macam benda.

Sebagai mak bapak, mari merajinkan diri untuk belajar tentang bagaimana dengan hanya bermain, walaupun main kapal terbang atau cars atau masak-masak, anak kita boleh belajar mengira, membaca dan menulis.

Huhuhuhu

Ok, tu je nak story buat masa ini.

Terima kasih kerana sudi baca entry saya 🙂 Moga bermanfaat untuk anda.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *