anakku sayang | Gentle Natural Birth

Pendaftaran Kelahiran Di Rumah (Homebirth)

Part ini saya tak pernah kongsikan di ruang blog.

Tapi kongsi je lah setakat ini.

Ia adalah nothing much. Huhu.

Sebab itu lah tak kongsi sangat.

Untuk mendaftar kelahiran di rumah (Homebirth), pihak JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) hanya perlukan :

1) Surat nikah
2) Salinan IC
3) Report polis – suami report kat balai polis untuk maklum kan yang kita bersalin di rumah pada pukul berapa, tarikh, alamat rumah dan siapa potong tali pusat

4) Buku merah

Kalau ada yang lain tertinggal, nanti saya edit update entry ini.

Kemudian, pergi ke JPN berdekatan, dan daftarkan kelahiran.

Siap!  🙂

Senang, kan?

Haha.

Dokumen Tambahan

Perkara asas yang diminta oleh JPN adalah seperti item saya senaraikan di atas.

Tapi tricknya, banyak JPN yang tidak berapa familiar dengan topik kelahiran di rumah, maka JPN yang tak familiar ini akan minta dokumen sokongan yang lain.

Lain JPN, lain dokumen yang diminta.

Contoh macam di Kajang, mereka minta surat pengesahan doktor.

JPN Putrajaya pula minta surat akuan bersumpah.

Masa kelahiran Maryam, kami mendaftar di JPN Shah Alam. Alhamdulillah mereka hanya minta dokumen asas.

Untuk kelahiran Hannah, asalnya kami ke JPN Kajang, mereka minta dokumen tambahan iaitu surat pengesahan doktor.

Kami ke JPN Shah Alam dengan harapan ia semudah pendaftaran Maryam, namun, mereka juga minta dokumen tambahan yang sama.

Obgyn kami tidak available pada waktu terdekat.

Dan doktor paediatric kami menolak untuk menandatangan pengesahan sebab menurutnya dah lebih 5 hari dari kelahiran, masa tu umur baby dah 27 hari baru nak uruskan pendaftaran.

Tanya Kumpulan Sokongan Homebirth

Solusi terakhir, kami mohon pandangan dan cadangan dari Group Homebirth mengenai perkara ini.

Ada 3 cadangan:

1) Minta pengesahan dari Dr Azura di Klinik Institut Nury di Bukit Antarabangsa – jauh sebab kat KL.

2) Buat check up post natal dan minta pengesahan dari Dr Haw di Columbia Asia di Balakong – menarik, tapi dia lelaki.

3) Daftar di JPN Puchong

Setelah menimbang tara semua kemungkinan, kami cuba untuk pergi terus ke JPN Puchong tanpa surat pengesahan doktor.

Jika JPN Puchong masih minta dokumen yang sama, kami akan ke Klinik Institut Nury di Bukit Antarabangsa.

Maka saya dan baby pun join lah suami dan anak-anak keluar, just in case kena jumpa doktor.

Tapi sebelum tu singgah balai polis sebab nak betulkan tarikh lahir yang tersalah report hari tu. Huhu.

Dan report tentang buku merah, sebab ai dah buang buku merah sebab ingatkan lepas baby lahir, dah tak penting.

Adeih.

Alhamdulillah, pergi JPN Puchong, pegawai mereka terus uruskan pendaftaran berdasarkan dokumen asas.

Siap!

image
Akhirnya, Hannah dah ada surat beranak :')

Oh, JPN Puchong ni tutup waktu lunch hour hingga pukul 2:30 tengahari.

Tapi sebelum jam 2:30 tengahari, dah ramai orang beratur kat luar.

Jadi kalau tak mahu bersesak, sila lah mula beratur jam 1:45 atau 2:00

Fahami JPN

Tentang pihak JPN lain yang meminta dokumen tambahan, saya faham kondisi mereka.

Mungkin mereka risau jika berlaku human trafficking and such. Na’udzubillah, moga dijauhkan.

Alhamdulillah pihak JPN Shah Alam, sangat helpful semasa menerangkan prosedur pendaftaran kelahiran di rumah.

Ia bukan lagi perkara pelik.

Tapi, saya merayu, jangan sesekali homebirth jika anda hanya ikut trend. Melainkan accidentally bersalin, ok lah kot.

Tuntut ilmu dahulu ya 🙂

Similar Posts

10 Comments

  1. Akhirnya.. jumpa juga entry pasal daftar anak homebirth. Sangat berinformasi.

    Nak tanya,sekiranya bersalin di rumah, dan buat post natal cek, surat pengesahan doktor tu,doktor yg akan sediakan atau kita kena taip n doktor hanya tandatangan ke..atau mcm mana?

  2. Salam sy nak tnya ..sy pn melahirkn homebirth ..skg sy susah sgt nk dftr jpn…disebabkan sy byk tmpt buat antntal checkup…so buku pink cuma minggu 37 bru buka bku pink..ibu dlm dilema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *