Travel Tips

Pengalaman Balik Raya Haji

Alhamdulillah Allah beri kelapangan masa kepada kmi sekeluarga untuk pulang ke kampung suami untuk raya haji.

Dan subhanallah, memang mencabar.

Perjalanan yang biasanya ambil masa 5-6 jam menjadi 12 jam perjalanan. Memang lepas ni nak naik flight je. Tak berbaloi sakit badan dan pening kepala.

pengalaman balik raya haji

Hikmah jem

Tapi antara perkara menarik yang kami lalui sepanjang perjalanan yang jem termasuklah:

Belajar pasal rukun haji dan wajib haji

Sebab saya dah tak tahan sangat mengantuk. R&R pula masih sangat jauh. Jadi saya paksa suami buka Google dan kami sama-sama belajar tentang wukuf, muzdalifah, mina dan pelbagai lagi.

Oh, kami bergilir-gilir pandu kereta.

Walaupun pernah belajar masa sekolah menengah, tapi saya memang lupa pasal haji ni.

Simpati

Banyak kereta terpaksa berhenti tepi jalan sebab R&R sangat jauh.

Mungkin sama macam kes kami, cuma bezanya Alhamdulillah suami saya masih bertenaga nak melayan saya yang mengantuk. Dia pun mengantuk.

Ada juga kereta terpaksa berhenti sebab nak take a break, takut enjin rosak. Tapi ada yang sampai dah buka bahagian depan kereta. Mesti dah panas sangat tu.

Kesian sangat tengok.

Ada yang nampak sekeluarga dengan anak. R&R pun sangat penuh, sampai kami pun terpaksa berhenti kat bahu jalan luar dan jauh dari R&R. Bayangkan malam dan hujan.

Jem ni hanya disebabkan ada kemalangan teruk berlaku pada sebelah pagi.

Walaupun kemalangan tersebut dah selesai, tapi agaknya sebab takde orang report kepada waze ‘Accident has been cleared’, maka kenderaan slow untuk tengok sampai ke malam.

Kemalangan itu penuh tragis. Boleh Google Kemalangan 256. Tak sanggup lah nak cerita. Kita sedekahkan Alfatihah buat mangsa.

Tiada siapa minta kemalangan berlaku.

Penghilang Sakit Kepala

Esoknya kami pening seharian, sakit kepala. Haha.

Lupa pulak nak bawa Peppermint Ginger yang baru. Alhamdulillah lah 3 biji terakhir Peppermint Ginger tetap berkesan untuk buang angin.

Dan 5 -6 biji Vitamin C untuk elak demam kepada badan yang dah mula dedar-dedar.

Memang mencabar. Setiap ujian itu, adalah untuk membersihkan hati dan membersihkan dosa kita 🙂

Lain kali, mulai hari ini, kumpul duit untuk ticket flight balik kampung suami.

Jom dapatkan Peppermint Ginger, Vitamin C dan Shaklee!

Untuk order, boleh hubungi saya:

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp : 019 477 3457

Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *