Pengalaman Gayat Di Birg, Schilthorn
Di Birg, iaitu satu station sebelum tiba ke puncak Schilthorn, ada aktiviti yang menggayatkan.
Keluar sahaja dari cable car melepasi restoran, kita akan lalui gelas kaca yang boleh nampak bawah untuk ambil gambar berlatarbelakangkan pergunungan dilitupi salji.
Memang gayat sangat. Bayangkan masa itu ketinggian dalam 2,677 meter dan kita tengok betul-betul bawah kaki.

Bawah sikit ada disediakan Skywalk. Skywalk ini adalah laluan lereng bukit di lereng gunung Schilthorn.
Suami saya dan apak saja yang turun. Saya dan mak jaga anak-anak. Ish tak berani bawa budak-budak walaupun ramai juga nampak budak berjalan di Skywalk tu.
Hujung Skywalk ada dataran kecil untuk bermain snow.
Hari tu asalnya nak naik hingga ke Birg dalam 60 CHF.
Tapi Alhamdulillah Allah murahkan rezeki ada offer sempena anniversary penggambaran filem James Bond; iaitu kalau naik sampai puncak Schilthorn, dari 105 CHF, dia boleh bagi 24 CHF. Tapi boleh bagi kalau nak naik sampai puncak sahaja. Kalau sampai Birg sahaja tetap 60 CHF. Jadi apa lagi, syukur Allah murahkan rezeki naik puncak Schilthorn.
Jom saya kongsikan gambar-gambar aktiviti kami di Birg.




Thanks for reading 🙂