Pengalaman Kami Ke Jepun Musim Bunga 2015

Pertama kali kami sekeluarga ke luar negara adalah ke Jepun pada April 2015.

Kebetulan April kami sibuk.

Hajat nak tengok bunga sakura, tapi setakat  baca laporan di website Japan Guide, sakura berkembang pada awal April, dan akan gugur di pertengahan April.

Gigih cari punya cari, akhirnya jumpa juga kawasan untuk tengok bunga sakura di hujung April.

Mari saya kongsikan pengalaman dan itinerari kami masa pertama kali ke Jepun di musim bunga.

Kali Pertama, Jadual Agak Padat

Oleh kerana ini adalah pengalaman kali pertama, jadi jadual agak padat.

Masa ini belum pandai nak adjust masa, tak tahu perangai anak kecil macam mana masa travel, etc

Ini adalah screenshot tiket penerbangan kami.

itinerari jepun musim bunga

Kami pilih MAS kerana kami sukakan MAS dan lebih selesa untuk anak-anak kecil

Bertolak pada 14 April dalam jam 11 malam, kami sampai di airport Narita jam 7 pagi.

Sebelum kami mendarat, pramugari ada bagi borang untuk isi.

Isi lah di kedua-dua belah borang, sebab kalau tak isi, nanti masa mendarat beratur di imigresen, ada makcik tukang periksa siapa dah isi penuh dan siapa belum isi penuh.

Yang dah isi penuh boleh terus berbaris, yang belum isi penuh kena tunggu dan isi di tepi.

Barisan pula adalah panjang.

Kalau nak cepat, kena isi kedua-dua borang yang diberi.

Hari Pertama – 15 April, Shibuya

Hari pertama adalah hari kami teruja akhirnya sampai juga kita jejak kaki di luar negara. Perasaannnya adalah priceless.

Waktu check in hotel adalah jam 3 tengahari. Tapi kami sampai hotel dalam jam 10 pagi.

Hotel benarkan kami letak beg di store mereka.

Masa ini lah kita jalan-jalan tengok kawasan. Kebetulan betul-betul belakang hotel kami ada Shibuya Crossing yang terkenal itu.

Kami juga pergi dari kedai ke kedai untuk cari Boba, nak beli Boba sebab tertinggal di Malaysia.

Malam pula kami cuba kedai makan Gyumon yang sedap. Gyumon adalah kedai makan halal yang menyediakan daging lembu.

Walaupun ia bukan kategori Wagyu, tetapi ia lebih sedap dari Wagyu. Bila gigit daging tu, rasa jus-jus daging meresap.

Wah memang sedap!

Hari Kedua, 16 April – Matsumoto

Hari ini sepatutnya nak singgah Ueno Zoo terlebih dahulu sebelum ke Matsumoto. Tetapi oleh kerana anak-anak belum bersedia, kami tangguhkan hasrat.

Baca juga –> Tips urus anak kecil supaya tak meragam semasa travel

Selesai sarapan, suami tukarkan tiket JR pass dan kami bertolak ke Matsumoto dengan menaiki Hokuriku Shinkansen.

Shinkansen adalah sejenis bullet train. Jenis Hokuriku ini adalah antara jenis yang terbaru di Jepun pada tahun tersebut.

Jadi toilet di dalam shinkansen ini juga canggih dan tempat duduknya lebih banyak features.

Kami sampai di Matsumoto lebih kurang hampir petang.

Bandar Matsumoto adalah sangat tenang. Umpama pekan kecil yang tidak sibuk.

Hotel kami terletak betul-betul berhadapan dengan stesen keretapi.

Malam pula kami berjalan ke Matsumoto Castle untuk melihat jika ada bunga sakura.

Dan subhanallah memang merimbun bunga sakura di taman Matsumoto Castle.

pengalaman di jepun musim bunga

Matsumoto Castle tutup lebih kurang jam 5.30 petang.

Tetapi di sekitar castle terdapat limpahan lampu yang membuatkan kawasan malam tersebut tampak cantik dan tenang.

Sangat ramai orang- tua dan muda- piknik di bawah pokok sakura di waktu malam.

Tripod bersusun di tepi tasik Matsumoto untuk ambil gambar pemandangan yang cantik.

pengalaman-di-jepun-musim-bunga

Deretan pokok sakura di tepi tasik. Subhanallah.

Syukur Allah gerakkan hati kami untuk beli kamera di kedai Bic Camera sebelah hotel di Shibuya. Kalau kamera handphone kami waktu itu, tak dapat gambar begini.

pengalaman-di-jepun-musim-bunga

Matsumoto castle dan sakura

Hari Ketiga, 17 April – Tateyama Kurobe Alpine

Kami ke sini sebab mahu tengok snow wall sahaja.

Tapi tak sangka the whole journey was more than snow wall.

Saya cadangkan jika anda mahu ke sini, sekurang-kurangnya spend satu malam khas untuk trip ini. Anda boleh bermalam di Murodo iaitu tempat snow wall terbentuk.

pengalaman-di-jepun-musim-bunga

excited pegang snow wall

 

pengalaman kami ke jepun

Kami bermula dari Tateyama Station, dari Matsumoto ke Tateyama Station

 

Ini sebelum sampai Kurobe Dam

Ini sebelum sampai Kurobe Dam

pengalaman-di-jepun-musim-bunga

Subhanallah sangat-sangat. Ini dah exceed expectation sangat. Beyond snow wall.

 

pengalaman-di-jepun-musim-bunga

Di Kurobe Dam kalau tak salah. Tempat ini memang membeku pada musim bunga. Nanti mula bulan 5 atau bulan 6 akan mula mencair. Musim panas nanti siap boleh naik bot di sini.

Hari Keempat, 18 April – Takato Castle Park

Pada tarikh ini, pokok sakura di Tokyo dah botak. Tak nampak bunganya.

Tapi di Takato Castle Ruin Park ini, Masya-Allah, bunga sakura merimbun macam di Matsumoto Castle.

Kawasan ini agak tidak terkenal, tetapi tetap penuh dengan pelancong dari negara China – dengar dialek mereka macam negara China.

Untuk ke Takato Castle, dari train station, anda perlu naik bas khas yang datang selang satu jam, atau kalau mahu cepat, naik teksi.

Kami tak naik teksi, lupa dah sebab apa. Mungkin juga sebab orang teksi tak faham kami mahu ke mana.

Bas ini ada waktu operasi terakhir. Jadi pastikan anda tidak terlalu lewat datang ke sini melainkan anda mahu bermalam di Takato.

Ini pun mencabar, sebab kawasan ini belum jadi kawasan pelancongan, jadi tak banyak hotel. Kalau ada pun, websitenya dalam bahasa Jepun.

Sebab itu kami bermalam di Matsumoto sebab ia adalah kawasan pelancongan terdekat dengan Takato.

pengalaman-di-jepun-musim-bunga

Cari makan dulu sesampai di Takato Castle Park. Ini adalah ikan bakar. Sedap.

 

pengalaman-di-jepun-musim-bunga-2

Makan bawah pokok. Merimbun bunga sakura. Subhanallah. Orang lain bawa tikar siap bekal. Kami tak bawa, tak expect pula boleh piknik, beralaskan rumput dan bunga-bunga sakura yang berguguran, pun menarik.

 

pengalaman-di-jepun-musim-bunga

Bunga sakura jenis warna pastel pink

 

pengalaman-di-jepun-musim-bunga-2

Subhanallah

 

pengalaman-di-jepun-musim-bunga-1

Ini lah gambar dalam vision board saya yand di tampal di dinding. Kali ini real depan mata.

 

pengalaman-di-jepun-musim-bunga

Tasik yang dilitupi bunga-bunga sakura yang berguguran

 

pengalaman-di-jepun-musim-bunga-4

Maryam mengamuk tak nak balik sebab nak tengok tasik ini dekat-dekat

Hari Kelima, 19 April – Kamogawa Sea World

Tempat ini tiada di dalam perancangan kami. Tetapi oleh kerana mahu berikan reward kepada anak-anak yang sudi teman kami melihat bunga dan snow wall, last minute kami cari cara bagaimana mahu ke Kamogawa Sea World.

Tempat ini di Kamogawa. Perjalanan yang sangat berbaloi sebab semua haiwan di sini adalah sangat aktif.

Dolphin berenang dengan sangat aktif di depan mata kita. Yang memisahkan kami dengan dolphin hanyalah dinding kaca.

Bayangkan betapa excited nya anak-anak.

Tempat ini juga buat pelbagai persembahan haiwan termasuklah dolphin dan sea-lion.

Jika anda ke sini, bagus juga menginap di hotel betul-betul bersebalahan taman tema ini.

Mesti ambil satu hari untuk habiskan masa di sini bersama anak-anak.

Hari Keenam, 20 April – Osaka

Di Osaka kami tak buat apa sangat. Sekadar mahu lihat bagaimana rupa Osaka.

Kami explore Osaka lebih lanjut pada musim panas, saya kongsikan lain kali ya.

Hari Ketujuh, 21 April – Shibuya

Hari terakhir ini kami kembali ke Shibuya. Apa lagi, malam itu ke Gyumon yang sedap.

Bantuan dari H.I.S Travel Agency

Itinerari ini di rangka bersama dengan mendapatkan panduan dari H.I.S Travel Agency.

Saya suka H.I.S sebab mereka sediakan ground travel guide.

Macam kami, kami tak mahu travel agent atau kena ikut jadual travel agent.

Kami hanya mahu khidmat nasihat nak pergi mana tempat yang menarik, minta tolong book kan hotel, minta tolong uruskan pass keretapi iaitu JR Pass – semua ini H.I.S bantu kami sehingga trip kedua ke Jepun.

Trip seterusnya, alhamdulillah dah pandai sendiri navigate negara Jepun.

Negara Jepun yang sangat wow, selain pemandangan negara yang cantik, attitude rakyatnya sangat membuatkan perspektif kami yang manusia baik dan jujur boleh jadi bangsa hebat di dunia.

Saya berharap perkongsian ini membantu anda rancang perjalanan ke Jepun. Insya-Allah saya akan berkongsi lebih terperinci di dalam entry-entry akan datang mengenai tempat-tempat yang kami pergi.

Terima kasih kerana membaca 🙂

 

4 Comments

  1. Amin Hakim 2 December 2016
  2. nozieanna 20 December 2016
  3. Nisha 6 March 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares