Travel Tips

Pengalaman Parking Flight Sesak

Antara pengalaman baru buat kami ke negara belah barat, airport sesak.

Masa dari Denizli Pamukkale balik Istanbul, kapal terbang dah mendarat, tapi punya lama nak cari parking.

Rupa-rupanya parking flight penuh.

Masa tu kapal terbang kami park di sebelah kapal terbang lain, cuma tak nampak airport kat mana.

Kami di bawa naik bas untuk ke pintu masuk airport yang boleh tahan jauh juga.

Kali kedua merasa airport penuh adalah dari Istanbul ke Doha untuk transit.

Transit tengah malam dalam jam 1+ pagi.

Tak sangka parking flight airport penuh dan sekali lagi merasa pengalaman naik bas untuk ke pintu masuk airport.

Dapat lah tengok suasana parking kapal terbang.

Masa mak saya, punya lah penuh sampai dapat nampak suasana sayap bertemu sayap.

Rasanya Istanbul ramai pelancong disebabkan tempat bersejarah yang sangat awesome.

Doha pula memang salah satu transit dunia.

Memang sangat sibuk dan ramai orang walaupun pagi buta.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *