Pengalaman Pertama Kali Keluarga Kecil Kami Ke Japan

Hari pertama adalah pada 15hb, kami touch down lebih kurang dalam pukul 7 lebih, pagi, di Narita Airport.

Terik sangat, tapi ia adalah as expected, sangat sejuk.

Tima kasih kat pekerja airport yang secara tetiba volunteer ambilkan gambar, walaupun understood, pencahayaan adalah gelap bila setentang dengan matahari. Janji ada gambar Narita  runway :))

Tima kasih kat pekerja airport yang secara tetiba volunteer ambilkan gambar, walaupun understood, pencahayaan adalah gelap bila setentang dengan matahari. Janji ada gambar Narita runway :))

Imigresen Garang

Apabila anda masuk airport dan bertemu dengan pihak imigresen, anda akan bertemu dengan insan-insan Jepun yang sangat garang.

Wahaha.

Sampai je dah kena greet gitu. Dah memang itu kerja diorang, memang kena garang.

Borang yang diorang dok edar dalam flight tu, kena isi depan belakang dan semua tempat kosong.

Di ulangi – SEMUA tempat kosong. Kalau ada yang tak isi, di suruh nya isi kat situ jugak. Dah sedia pen dan sudut untuk isi borang.

Gigih isi borang untuk 4 orang

Gigih isi borang untuk 4 orang

Masa balik ke Malaysia lagi ketat.

Memang kagum lah, nanti tu ai cerita pengalaman masa balik nanti. Nyaris-nyaris je dah nak kena tahan.

Takde lah lama pun kat imigresen, Alhamdulillah.

Lepas tu turun nak ambil beg-beg.

Alhamdulillah sangat Allah mudahkan, tak payah tunggu depan conveyor belt tu, diorang dah siap keluarkan dan susun ikut barisan beg-beg ikut flight masing-masing.

Susun berbaris :D

Susun berbaris, ni untuk flight kami, lupa dah number flight ๐Ÿ˜›

Memang jimat masa!

Lepas tu adalah pihak yang akan tanya, sama ada kita ada bawa beras, atau kekacang, ada beberapa jenis makanan lagi.

Diorang nak check. Alhamdulillah kami tak bawa benda-benda tu, jadi, lepas.

Smooth and easy je.

Bila keluar, mudah je jumpa pihak Cherry Tomato yang jadi pick-up kami untuk door-to-door service ๐Ÿ˜€

Pakcik ni pakai smart, kot dan tie walaupun driver van kami. Baik sangat tolong angkut beg-beg kitorang yang berat-berat naik escalator.

Pakcik ni pakai smart, kot dan tie walaupun driver van kami. Baik sangat tolong angkut beg-beg kitorang yang berat-berat naik escalator.

Sangat memudahkan kitorang yang dengan anak kecik, beg macam-macam, dan first time pulak sampai.

Tapi masa ni kena tunggu lama sikit sebab kena tunggu the other Malaysian yang menumpang sama, cuma sebenarnya Malaysian tu tunggu kat pintu lain rupanya.

Masa menunggu ni lah dok explore, wah sejuknya cuaca di luar.

Kagum sangat dengan Allah…

Kita kat Malaysia kena pasang aircond untuk dapatkan suhu sesejuk itu.

Kat negara orang, Allah bagi free macam tu je, ‘aircond besar dan free’!

Narita Airport ke Shibuya

Perjalanan dari Narita ke Shibuya, driving, kalau tak salah, ambil masa lebih kurang satu jam.

Sampai di Shibuya, sekali lagi kami terkejut dan terkedu dan syukur sangat-sangat, Allahuakbar!

Terima kasih Ya Allah kerana gerakkan hati saya untuk tidak booking mana-mana hotel sebelum pi Matta Fair…

Sebak sangat dengan aturan Allah :’)

Hotel kami betul-betul bersebelahan dengan train station Shibuya, dan pelbagai kedai runcit yang jual barang runcit seperti makanan, dan juga sebelah Bic Camera – bukan jual kamera je tau, macam-macam ada jual.

Within walking distance!

Maka, nikmat Tuhan mu yang manakah yang engkau mahu dustakan? :’)

Sebak!

Sejuk sungguh, tapi sebak sangat!

Sejuk sungguh, tapi sebak sangat!

Nama hotel adalah Shibuya Tokyu Inn atau nama lamanya Tokyu Rei Hotel.

Suhu 16 degree je rasanya, tapi kitorang memang jenis tak tahan sejuk. Tambah dengan angin sejuk, wow!

Sebelah tu saja bangunan Bic Camera yang bukan takat jual kamera, barang rumah pun ada tau.

Di pandu oleh Allah untuk booking melalui H.I.S Travel (Malaysia) Sdn Bhd nama Sheilly, boleh call diย 603-2148-8000 /603-2141-9626ย after 2.30 pm

Orang Jepun, memang baik hati. In case ada sesiapa yang belum tahu lah. Huhu.

Sangat peramah. Even bila bebudak ni meragam, diorang tak jeling ke pandang semacam ke, tapi diorang senyum dan bagi something. Ish segan tau.

Kalau peramah dan tak pandai cakap english tu, diorang just cakap “kawaii ne” bermaksud, comelnya!

Ofkos referring kepada Muhammad dan Maryam. Huhu.

Masuk hotel masih belum boleh check in, sebab check in adalah jam 3 petang. Kami sampai dalam jam 10 pagi kalau tak salah.

Jadi jenjalan lah kat sekeliling tu. Boleh letak beg-beg kat situ, nanti diorang bagi tag, simpan beg kita dalam bilik concierge.

Smoking Area

Masa tu lah kagum bila sendiri tengok depan mata, orang Jepun ni ada smoking area dia. Smoking area ni depan hotel tu.

Kalau nak smoking, diorang akan smoking kat smoking area saja.

Ada lah sorang dua yang tak tahan kot, smoking tempat lain, tapi memang majoriti masuk kawasan tu, haa, ramai-ramai sila sedut asap tu.

Kekekeke.

Kita yang jalan tepi area tu pun tak bau asap rokok, maybe sebab area tu ditutup dengan kaca. Tapi ada gak smoking area yang open, jadi kita sedia jalan jauh-jauh sikit.

Smoking area ni macam ada every 100m.

Kalau dalam hotel, smoking area dia ada semacam penyedut asap.

Tak mengganggu kesejahteraan umat lain.

Ada jugak jenis rokok diorang yang tak berbau, sebab kitorang pernah makan kat restoran, dan sebelah tu ada Jepun merokok, tapi dia hala arah bertentangan lah, dan alhamdulillah tak bau.

Toilet Jepun

Toilet Jepun pulak, beza hotel, dalam train dan kat public.

Di Hotel & Dalam Shinkansen Hokuriku (bullet train ke Nagano)

Kalau kat hotel dan dalam bullet train Hokuriku, memang sangat convenient.

Shinkansen Hokuriku ni versi bullet train terbaru, baru launch pada March 2015, jadi haruslah feature nya pun terbaru.

Ai cerita lain entry ya ๐Ÿ™‚

 

Toilet versi niย adalah toilet jenis duduk dan ada pancut dari bawah, yang versi bidet tu, bukan macam kat Suria KLCC tu tau.

Ini toilet dalam hotel. Yang tekan-tekan untuk pancut tu kalau perasan, kat tepi toilet seat.

Yang ni versi kemas, memang terjamin kering lah bilik air. Kering dan bersih.

Kalau korang pernah duduk kat hotel Mandarin Oriental KLCC, yang toilet kat level 1 level 2, lebih kurang gitu lah rupanya.

Toilet macam ni convenient sebab sambil mencuci, sambil kita boleh baca majalah atau baca buku. Tak lah tangan kita sibuk nak mencuci.ย Kikiki.

Kena experience dulu baru faham ๐Ÿ˜›

Public Toilet Jepun

Tapi public toilet dia adalah Japanese Style diorang panggil.

Toilet duduk adalah dipanggil western style. Toilet cangkung adalah japanese style.

Cangkung tu bukan macam cangkung kita.

Kalau cangkung kat Malaysia ni dia satu level tinggi sikit dari lantai.

Tapi cangkung di Jepun ni satu level sama dengan lantai.

Kadang ada tisu, kadang takde, tapi biasa saya ambil tisu kat sinki tu je.

Memang takde air.

Ini yang public toilet, kat hotel atau toilet di lobby hotel adalah versi pancut bidet tu.

So boleh bawa botol mineral kecil, ambil air kat sinki, atau istinjak pakai tisu je.

Yang menariknya, setakat saya jumpa toilet di Jepun, di hotel mahupun di public, mostly kalau nak flush atau pam toilet, kita just flash tangan kita kat sensor flush.

Tak payah tekan untuk pam atau flush toilet.

Eh panjang lak cerita pasal toilet ๐Ÿ˜›

Saya adalah sangat kagum okeh.

So kalau nanti first time sampai Jepun, jangan terkejut lak tengok apesal public toilet dia cangkung yang semacam je, sama tapi tak serupa.

Keh3

Toilet dalam train; kalau Limited Express – versi duduk tapi takde bidet.

Kalau dalam bullet train -Hikaru, bukan yang latest Hokuriku tu- ada 2 jenis toilet; toilet jenis duduk tapi takde bidet tapi ada sinki, dan jugak versi japanese style.

–> Bullet Train ada baaaaanyak jenis, cerita lain entry jugak ya ^_^

So dedua pihak sedikit selesa lah kan- orang tempatan dan juga pelancong dari luar.

Bersih Tapi Takde Tong Sampah!

Shibuya, adalah super bersih! Tak jumpa satu sampah pun di tepi jalan. Kertas atau plastik yang dibuang- memang takde.

Yang peliknya, kitorang tak nampak satu pun tong sampah!

Oh mai. Macam mana nak buat ni?

Jadi kalau ada sampah kami, kitorang simpan je dulu dalam beg. Buang dalam tong sampah bilik hotel nanti.

Segan kot kotorkan negara orang yang bersih. Huhu.

Kalau bebudak ni tumpahkan susu kat lantai train station pun, kitorang lap pakai wiper. Walaupun takde orang nampak atau tahu, tapi dalam hati ada rasa segan buat mess.

Lantai train station diorang bersih. Maryam lari kaki ayam pun, kaki tak hitam.

Tapi as kitorang jalan stroll along the road, ada ternampak macam tempat kumpul sampah, rasanya lah.

Nampak bersih, tapi ada plastik warna putih yang dalam tu ada kertas.

Kalau kertas, kertas saja. Kalau botol, botol saja. Tapi kat tempat yang macam ada tanda tu je.

So entah itu barang kedai, atau sampah, tapi saya rasa tu tempat buang sampah kot.

Shibuya Crossing Yang Terpendam

Oh, dan lagi satu saya sebak, saya ni teringin lah jugak nak tengok Shibuya Crossing, walaupun ada jugak rasa, ape benda sangat lah crossing tu, macam crossing tempat lain jugak, cuma lebih banyak orang je kot.

Crossing adalah tempat persimpangan orang melintas jalan. Tu je. What’s the big deal? Kan? Haha.

Tapi Allah memahami saya.

Kadang kita rasa kehendak kita merepek, tapi kita teringin. Habis tu sapa nak layan repekan kita ๐Ÿ˜›

Allah ada :’)

Sebak lagi ni..

Sedang menunggu traffic light. Kitorang tunggu kat side yang tak berapa sesak

Sedang menunggu traffic light. Kitorang tunggu kat side yang tak berapa sesak

2015-04-15 12.12.48

Tourist, bukan kitorang je tau, sibuk lah ambil gambar dan video masa ni ๐Ÿ˜› Ada lagi best, duk tengah-tengah crossing.

Boba Maryam tertinggal, lupa nak bawak. Jadi kitorang ambil keputusan cari baby carrier kat sini, tak sanggup kot dokong Maryam tanpa Boba.

Tetiba tak sampai 5 minit jalan kaki kat belakang hotel, kami jumpa Shibuya Crossing!!!

Allahuakbar!! :’) Terkejut bercampur sebak!!!

Ya Allah..

Ya Allah..

Ya Allah………

Sesungguhnya Engkau mendengar sekecil-kecil luahan hati ku..

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui sedalam-dalam impian ku..

Sesungguhnya Engkau sangat sangat tahu cara macam mana untuk menggapai keinginanku..

Allahuakbar :’)

Sambung next part later ya ๐Ÿ˜€

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares