Sakura di Takato Castle Ruin Park, Takato, Japan

Masa pertama kali kami ke Jepun, kami nak sangat merasa musim sakura. Nak tengok bunga sakura merimbun cantik.

Tetapi waktu itu jadual bulan April kami padat. Musim sakura pula akan berakhir pada pertengahan April.

Jadi kami cari punya cari, akhirnya Alhamdulillah bertemu dengan satu tempat bernama Takato Castle Ruin Park. Taman ini terletak di Takato. Ia belum terkenal seperti Tokyo, tetapi bila datang ke sini, nampak macam banyak juga kawasan pelancong.

Cara ke Takato Castle Park

Kami waktu itu dari Matsumoto. Jadi kami ambil train direct ke stesen Chino. Di sini, tunggu bas yang datang selang satu jam untuk bawa anda direct ke kawasan Takato Castle Park.

Perjalanan dalam bas mengambil masa lebih kurang 50 minit.

Tambang bas dalam 1,390 Yen untuk perjalanan pergi. Take note waktu terakhir bas akan pulang ke stesen.

Rujuk gambar di bawah jika anda datang dari Tokyo.

 

Klik gambar untuk ke laman Japan Guide untuk maklumat lanjut Takato Castle Park

Walaupun begitu bukan lah bas ini berhenti betul-betul depan taman tersebut. Ia berhenti di persimpangan antara semua kawasan pelancongan.

Ikut sahaja papan tanda Takato Castle Park. Fee masuk adalah 500 Yen, ada pondok jaga sebelum kita masuk.

Sakura Merimbun di Takato di Pertengahan April

Seperti di Matsumoto, bunga sakura di kawasan ini sangat merimbun. Padahal di Tokyo sakura dah botak.

Subhanallah subhanallah.

Ramai orang mengambil kesempatan hanami (piknik) di bawah rimbunan pohon sakura.

Sebelum masuk taman, ada beberapa gerai makan. Ada gerai yang jual ikan bakar di salut garam.

Pastikan selepas makan, anda buang sampah mengikut kategori. Di Jepun, selepas makan, semua orang akan buang sampah mereka sendiri.

Mari saya kongsikan beberapa keping memori kami di sana.

Bunga sakura berguguran menutup permukaan tasik. Subhanallah.

Ada air bawah litupan bunga sakura ini

Gambar ini lah yang saya letak dalam Vision Board untuk impian tengok sakura. Ini adalah tinggalan sebuah menara. Sebiji macam dalam gambar yang saya print. Subhanallah.

Sakura sahaja di sebatang dahan pokok

Bawah tu macam gaung kecil rasanya. Boleh turun bawah tu jika ada masa.

Subhanallah. Pokok yang dipenuhi hanya bunga sakura.

Sakura yang dah berguguran meninggalkan pucuk bunga.

Dongak atas

Sakura putih dan sakura pink

Gambar ini di ambil dari jambatan di dalam taman.

Sakura upclose

Memang cantik sangat

2 Tips Tambahan Untuk Menikmati Sakura di Takato Castle Ruin Park

1/ Allocate masa satu hari penuh

Taman ini agak besar dan sangat cantik apabila sakura merimbun. Allocate satu hari penuh untuk tidak menyesal sebab banyak lagi tempat nak tengok.

Ada sesetengah waktu seperti waktu sakura sedang full bloom, taman ini buka sehingga waktu malam dan di hiasi hiasan lampu-lampu.

2/ Hanami

Hanami adalah merujuk kepada aktiviti piknik di bawah pohon sakura yang merimbun.

Kebanyakan pengunjung taman ini dah bawa tikar siap-siap dan bentang bawah pokok. Kami yang baru pertama kali datang agak terpinga-pinga dan duduk sahaja lah atas rumput sambil makan makanan tengahari.

Kalau bawa tikar ia lebih selesa.

3/ Invest beli kamera

Di Jepun biasanya ada sebuh kedai yang sangat besar namanya Bic Camera. Ada pelbagai jenis kamera di jual di sini.

Boleh dikatakan Bic Camera ini adalah syurga kamera.

Melabur untuk beli kamera untuk dapatkan gambar yang cantik untuk kenangan kita sekeluarga. Kamera yang kami gunakan ini bukan lah kategori yang canggih, tapi lebih cantik sikit dari gambar di telefon bimbit.

Ia di beli dari Bic Camera.

Sekian perkongsian saya, semoga entry ini membantu anda untuk merancang percutian sakura di Jepun.

Thanks for reading! 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares