Emirates | Flight Experience

Pengalaman Terbang Bersama Emirates

Saya agak terkejut bila pertama kali naik flight Emirates.Sebab apa?

Ada satu masa tu Maryam mengamuk sebab screen TV kena simpan untuk landing. Menjerit-jerit lah dia.

Kami takda idea nak pujuk macam mana.

Tiba-tiba ada stewardess datang pada Maryam, ingatkan dia nak marah.

Rupa-rupanya dia rendahkan badan agar sebaris dengan mata Maryam, dan dia pujuk dengan suara yang sangat3 lembut. Tak tahu lah Maryam faham ke tidak sebab dia cakap English.

Lepas tu bila Maryam mula nampak reda, dia bagi Toblerone.

Terkejut saya. Tak pernah sepanjang naik flight dapat such amazing experience. Wow!

Toys yang Emirates Flight sediakan untuk anak-anak memang tak banyak.

Tapi skill layan anak-anak kecil tu memang superb ???

P.s : Gambar adalah Hannah sedang sibuk main activities yang mak dia dah prepare siap2

#deejatravelstories

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *